Hasrat seorang ibu menantikan kelahiran anak ketiga tidak kesampaian apabila bayi yang dikandungnya selama 30 minggu satu hari disahkan meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hitung Hari Nak Bersalin, Ibu Sedih Bayi Meninggal Dalam Kandungan
Meninggal dunia dalam rahim
Menerusi perkongsian dimuat naik wanita dikenali sebagai Sarah Rehat, difahamkan pemergian anaknya itu adalah berpunca daripada intrauterine death, iaitu kematian dalam rahim.
Perkara itu disahkan sendiri oleh doktor pakar ketika dirinya membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta.
4 Julai 2023, 8 pagi pergi klinik swasta periska jantung. Doktor cakap dah tiada degupan jantung.
Terus pergi hantar doktor pakar dan sahkan dah memang tiada degupan jantung.
Sarah kemudiannya dimasukkan ke wad dan diberikan ubat bagi mengelakkan berdepan dengan masalah kontraksi yang lebih kuat.
Waktu ni pukul 4 petang, lepas masuk ubat kali kedua sakit datang satu, dua minit sekali. Kontraksi sangat kuat lepas masuk ubat kedua pukul 1.15 petang.
Selepas kontraksi yang kuat, pukul 6.11 petang selamat bersalin Ayden Nodah. Bersalin sendiri dalam ward, tak sempat masuk bilik bedah.
Ayden Noah anak syurga kami. Ni lepas bersalin terus dapat duduk tengok baby kejap dalam 15-20 minit.
Keesokan harinya, Sarah memaklumkan dia yang sudah dibenarkan keluar dari hospital diberikan ubat untuk menghentikan susu daripada mengalir keluar.
Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya bengkak susu memandangkan tiada bayi lain untuk disusukan.
Reda dengan ketentuan Ilahi
Di akhir hantarannya, Sarah dan keluarga reda atas kehilangan ini selain bersyukur kerana urusan pengebumian anak syurganya itu berjalan dengan lancar.
Innalillahiwainnailaihirojiun, anak syurga kami. Kehilangan pada usia 30 minggu satu hari disahkan meninggal dunia didalam perut.
Mama Papa reda dengan ketentuan Ilahi. Moga kami diberi kekuatan dan ketabahan untuk hadapi ujian ini.
Insha-Allah Ayden Noah kini berada ditempat paling baik di sisi Allah. Ayden Noah sedang bermain-main di syurga.
Tariklah kami semua (ke syurga) nanti adik.
Sementara itu, reaksi yang diberikan anak-anak Sarah yang lain disaat mereka ditemukan dengan jasad arwah adik mereka itu begitu meruntun hati wargamaya yang menonton.
Menerusi satu hantaran video, kelihatan anak perempuan Sarah begitu sedih sehingga menangis sebaik sahaja melihat jasad adiknya yang dibawa pulang bagi urusan pengebumian jenazah.
Video
Sumber: Facebook