berita

Ibu Tahan ‘Sebak’ Tolong Ambil Kad Nikah Anak, Perkahwinan Hanya Bertahan 18 Hari – ‘Tak Kuat Mama Nak Jawab’

April 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Walaupun sudah tiga bulan masa berlalu, bukan mudah bagi seorang wanita untuk menerima takdir selepas suami tersayang meninggal dunia berikutan terlibat dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Alor Gajah, Melaka. Difahamkan, pasangan ini selamat disatukan pada 1 Januari yang lalu dan sempat bergelar suami isteri selama 18 hari sahaja.

Artikel Berkaitan: Wanita Luah Kerinduan, Suami Maut Kemalangan Selepas 18 Hari Nikah – ‘Semoga Cinta Kita Bertaut Kembali Di Syurga’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 10 Tahun Menanti Zuriat, Suami Meninggal Bantu Mangsa Banjir Tak ‘Sempat’ Tengok Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…

Mak yang tolong ambil kad nikah

Terbaru, wanita cekal ini berkongsi satu momen perit di mana dia perlu mengambil kad nikah tanpa ditemani oleh suami tersayang.

Masa ini tangan getar, sedih sangat hati ini. Ambil kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya. Tapi aku tak turun, mama yang ambil.

Apa yang lebih memilukan apabila melihat riak wajah ibunya yang gagal menahan sebak selepas mengambil kad berkenaan.

Sayu hati tengok mama cuba kuat terima kenyataan anak yang baru dia tengok bahagia sekarang tak ada.

Bukan itu sahaja, pegawai yang berkhidmat sempat bertanyakan mengapa pengantin sendiri yang tidak mengambil kad tersebut namun ibunya hanya mendiamkan diri.

Ebby orang tu tanya mama. Mana pengantin kenapa mak yang ambil. Mama punya la tak nak diorang tanya. Tak kuat mama nak jawab.

Ujar wanita muda ini lagi, bukan mudah bagi dirinya untuk menerima apa yang telah berlaku dan terpaksa kuat demi ibunya. Video yang dikongsi meraih hampir 1.1 juta tontonan dan rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya terus cekal.

Ya Allah peritnya kenyataan. Aku harus berpura-pura kuat depan mama. Sakitnya ujianMu kali ini Tuhan.

Kenyataan yang tak mampu aku gambar bagaimana. Sakitnya untuk pujuk hati terima.

Video penuh:

@babymoshiey_Balik la , bukan ke ini yg u tnggu sejak kite kahwin haritu ?? bunyi asal – Baby~

@babymoshiey_Ttap dia tmpat mngadu :) hey hppy anniversary untk 3 bulan prkhwinn kita syg ??? bunyi asal – Baby~

@babymoshiey_Balik la ,) i nk cerita betapa seksanya hari j tnpa u ?? bnyak bnde i nk mngadu …. ,(? bunyi asal – Baby~

Sumber: babymoshiey

SKIP THIS AD ×