Ibu kepada Tan Sri Michelle Yeoh, Datin Janet Yeoh mengakui tidak dimaklumkan tentang majlis perkahwinan anaknya dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt.
Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Kahwin Dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt
Artikel berkaitan: Bakal Pulang Ke Malaysia, Michelle Yeoh Bertemu Peminat Pada 18 April
Artikel berkaitan: ‘Apa Dibangga Dengan Anugerah Oscar?’ – PU Syed
Artikel berkaitan: ‘Kejayaan Menang Oscar, Hadiah Sempena Hari Jadi Saya Bulan Depan’ – Ibu Michelle Yeoh
Tak bagitahu
Menerusi laporan The Star, Janet berkata anaknya tidak membuka mulut berhubung acara pernikahan yang berlangsung di Geneva, Switzerland ketika kali terakhir mereka berbual di telefon, dua minggu lalu.
Begitupun, wanita berusia 84 tahun itu melihat situasi terbabit dari sudut positif apabila menyifatkan anaknya lebih selesa tidak mendedahkan perkahwinan tersebut kerana ingin membuat kejutan. Ujar Janet, dia berharap anak dan menantunya itu dapat mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia.
Anak saya memang akan sentiasa menghubungi saya tapi dia tidak beritahu pun (berkenaan perkahwinan) ketika kami bercakap dalam telefon dua minggu lalu. Mungkin dia sengaja nak berikan kejutan kepada saya.
Menurut Janet lagi, dia menjadi individu paling gembira dengan perkahwinan tersebut, tambahan pula selama ini kerap meminta mereka segera bergelar suami isteri.
Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle.
Sumber: The Star