Kejayaan pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar ke-95 baru-baru ini ternyata membanggakan negara.
Artikel berkaitan: ‘Kejayaan Menang Oscar, Hadiah Sempena Hari Jadi Saya Bulan Depan’ – Ibu Michelle Yeoh
Artikel berkaitan: ‘Ucap Congrats Pada Pemenang Pun Salah?’ – Elvina Mohamad Bidas Kenyataan PU Syed Mengenai Kemenangan Michelle Yeoh
Pulang ke Malaysia bertemu peminat
Terbaharu, anak kelahiran Ipoh, Perak itu dikhabarkan akan pulang ke tanah air untuk bertemu dengan peminatnya dalam masa dua minggu lagi.
Memetik AWANI, Michelle Yeoh akan bertemu peminatnya di sebuah acara karpet merah di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada tanggal 18 April, jam 5.30 petang.
Bertambah menarik lagi, peminat yang hadir berpeluang untuk berjumpa aktres berbakat besar itu dalam satu sesi ramah mesra yang dibuka kepada orang ramai dan tiada sebarang pendaftaran awal diperlukan.
Konsert tertutup sambut ulang tahun ibu
Sementara itu, aktres berusia 60 tahun itu juga dijadualkan menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada hari sama untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, Datin Janet Yeoh.
Terdahulu, Michelle Yeoh berjaya mencipta sejarah selepas menjadi rakyat Malaysia dan bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 yang berlangsung di Los Anglese, Amerika Syarikat (AS).
Michelle Yeoh meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once dan sekali gus menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough, Cate Blanchett, Michelle Williams dan Ana de Armas.