Di London, seorang wanita ini menerima nasib yang tidak terduga dalam hidupnya apabila dia dikhianati oleh ibu kandung serta suaminya sendiri. Mana tidaknya, suami yang telah dikahwininya itu berlaku curang dengan ibu kandungnya, malah turut mempunyai seorang anak meskipun mereka baru beberapa bulan sahaja berkahwin.
Menyifatkan ia sebagai suatu perkara yang tidak boleh dimaafkan, Lauren Wall menerusi laporan Daily Mail berkata dia telah mengahwini suaminya, Paul White yang merupakan seorang kakitangan lapangan terbang ketika usianya 19 tahun.
Tidak syak apa-apa
Mengimbau kembali perkahwinannya itu, Lauren berkata ibunya, Julie juga telah menaja perkahwinannya sebanyak 15,000 Pound Sterling (RM79,000) dan turut dibawa berbulan madu ketika dua minggu perkahwinannya.
Bagaimanapun semuanya mula berubah apabila selepas 8 bulan berkahwin, suaminya, Paul mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah lain. Apa yang lebih menyedihkan buat wanita ini, 9 bulan kemudian dia dimaklumkan bahawa ibunya telah melahirkan bayi suaminya dan turut diberitahu bahawa mereka sedang bersama dan mempunyai hubungan.
Ibu saya cuba mengatakan bahawa bapa kepada anak yang dilahirkannya itu adalah teman lelakinya yang lain tetapi saya tahu perkara yang sebenar. Paul dan mak saya akhirnya mengakui bahawa mereka bersama sebagai pasangan kekasih dan hidup saya pada ketika itu hancur.
Menurut Lauren, dia tidak mengesyaki hubungan dua individu terdekatnya itu meskipun sering melihat keakraban di antara suami dan ibunya.
Paul memang baik dengan ibu saya. Saya tidak pernah rasa pelik dan risau dengan perkara itu memandangkan itu adalah ibu mentuanya. Siapa yang akan risau bukan?
Adik terjumpa perbualan telefon mereka
Lauren berkata suaminya juga sangat ‘melindungi’ telefon bimbitnya ketika mereka masih bersama. Namun semuanya mula terbongkar selepas adiknya menggunakan telefon bimbit ibunya dan menemui perbualan di antara Julie dan Paul.
Sebaik sahaja mengetahui tentang perkara tersebut, dia segera bertanyakan kepada ibunya namun wanita itu menafikan ‘tuduhan’ tersebut dan mengatakan dia gila.
Bila saya bersemuka dengan Paul, dia juga menafikan perkara itu dan tidak membenarkan saya melihat telefon bimbitnya.
Katanya, beberapa hari kemudian, Paul bertindak menanggalkan cincin perkahwinan mereka dan keluar rumah meninggalkannya dan anak perempuan yang baru berusia tujuh bulan.
Dia kemudian mengetahui bahawa suami yang pernah disayanginya itu telah berpindah ke rumah ibunya.
Ini perkara paling teruk seorang ibu sanggup lakukan kepada anaknya. Dia sepatutnya menjadi pelindung saya berbanding orang lain.
Sumber: Daily Mail, Metro