Sekadar gambar hiasan
Sejak kebelakangan ini, banyak berlaku kes cabul, gangguan seksual, rogol dan sebagainya yang melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak. Individu yang tidak bertanggungjawab ini tergamak melakukan perbuatan tidak senonoh itu semata-mata mahu memuaskan nafsu mereka.
Artikel Berkaitan: Ada Rekod Kes Sumbang Mahram, Bapa Ditahan Dakwaan Rogol Anak Sendiri
Artikel Berkaitan: Mengaku Rogol Anak 105 Kali Sejak 2018, Bapa ‘Setan’ Dihukum 24 Sebatan & 1050 Tahun Penjara
Artikel Berkaitan: Lelaki Beristeri Empat Di Aceh Tergamak Rogol Anak Tiri Bertahun-Tahun, Sejak Dari Darjah 3!
Terbaru, seorang gadis bawah umur didakwa telah menjadi mangsa cabul bapa tirinya.
Tidur separuh bogel
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribun News, kejadian tidak bermoral itu hanya disedari ketika ibu mangsa terjaga dari tidur untuk mendirikan solat subuh. Wanita itu melihat anak perempuannya sedang tidur dalam keadaan tidak memakai seluar di ruang tamu di rumah mereka yang terletak di Lampung, Indonesia.
Lebih mengejutkan apabila melihat si suami yang merangkap bapa tiri mangsa juga berada di sebelahnya. Melihat situasi itu, wanita ini mengesyaki pasti ada sesuatu telah berlaku. Difahamkan, beberapa jam selepas anak perempuannya bangun dari tidur, dia bertanya kepada mangsa mengapa tidak memakai seluar dan siapa yang telah menanggalkannya.
Menangis, takut nak cerita
Sekadar gambar hiasan
Meskipun berkali-kali ditanya tetapi mangsa hanya mendiamkan diri dan langsung tidak menceritakan apa-apa. Namun, pada sebelah petang pula, ibu dan ibu saudara mangsa sekali lagi mengajukan soalan yang sama. Mangsa kemudian menangis dan memaklumkan dia takut untuk menceritakan tentang perkara sebenar.
Tidak lama selepas itu, akhirnya mangsa membuka mulut memberitahu bahawa bapa tirinya telah mencabulnya. Difahamkan, dia terpaksa merahsiakan perkara itu kerana telah diugut oleh suspek. Susulan daripada itu, ibu mangsa segera ke balai polis untuk membuat laporan dan suspek yang berusia 45 tahun akhirnya berjaya ditahan.
Menurut sumber, sekiranya didapati bersalah, suspek bakal dijatuhi hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Tribun News