berita

‘Ibu Tiri Berhak Dapat Penghormatan’ – Anak Khazrul Titip Ucapan Penghargaan Buat Zarina Anjoulie

September 22nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

anak tiri anju

Anak perempuan kepada usahawan, Datuk Seri Khazrul Elzey iaitu Syareen menitipkan penghargaan kepada tunang bapanya yang juga seorang pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Kembali Jadi Tunangan ‘Papa’ – ‘Saya Malas Cari Orang Lain, Tak Boleh Hidup Tanpa Dia’

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Mengaku Kembali Bercinta Dengan Bekas Tunang, Beri Amaran Pada Wanita Lain – ‘Duit Dia Untuk Aku Seorang’

Banyak pengorbanan ibu tiri

anak tiri anju

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Syareen mengucapkan terima kasih kepada Zarina atau mesra disapa Anju yang bakal menjadi ibu tirinya.

Menurut Syareen, setiap ibu tiri perlu dihormati seperti mana ibu kandung kerana mereka juga berkorban demi anak-anak dan keluarga.

Terima kasih mama (Anju) sebab selalu baik dengan Syareen.

Ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama seperti yang diterima oleh seorang ibu. Mereka mencurahkan masa, tenaga dan kasih sayang terhadap anak-anak yang bukan dari mereka.

Ibu tiri tidak melakukannya kerana mereka terpaksa, mereka melakukannya kerana mereka mahu.

Difahamkan mereka turut hadir bersama ketika majlis pelancaran sebuah produk kecantikan di Cheras baru-baru ini.

Terdahulu, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul memaklumkan bahawa hubunganya dengan Khazrul bertaut kembali setelah dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.

Pasangan itu juga telah mengikat tali pertunangan secara rasmi dengan disaksikan oleh ahli keluarga masing-masing.

Sumber: Instagram Syareen

SKIP THIS AD ×