berita

Netizen Puji Bekas Suami Hantar Mesej Penghargaan Kepada Bekas Isteri Sempena Hari Lahir Anak – ‘Ex Dari Syurga’

June 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Ucapan penghargaan seorang lelaki terhadap bekas isteri kerana berkorban melahirkan anak mereka telah mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Wanita Komplot Dengan Kekasih Bunuh & Tanam Mayat Suami, Guna Garam Untuk Hapuskan Bukti

Artikel Berkaitan: Sering Dibandingkan Dengan Bekas Isteri, Wanita Tikam Suami 2 Kali

Demi anak

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Alya telah berkongsi mesej yang diterima daripada bekas suami sempena hari lahir anak tunggal mereka.

Bercerai bukan bermaksud bermusuhan. Masih ada anak untuk dibesarkan. Dia masih ada tanggungjawab untuk anaknya. Terima kasih sebab jadi ayah yang bertanggungjawab walaupun kita dah berpisah.

Bekas suaminya itu menulis ucapan tersebut terhadap bekas isterinya sebagai tanda penghargaan kerana telah berkorban nyawa melahirkan dan membesarkan anak perempuan mereka.

Betapa hebatnya awak sebagai seorang ibu. Kesabaran, memahami dan awak selalu mengutamakan anak keperluan anak kita. Awak sentiasa ada untuknya, sama ada dari segi menjaganya, memenuhi keperluannya dan menceriakannya. Komitmen awak di dalam kehidupan anak kita benar-benar harus dipuji.

Dalam pada itu, bekas suaminya itu juga menzahirkan kesyukuran kerana mereka berdua masih berhubung dengan baik walaupun telah berpisah semenjak September tahun lalu.

Walaupun perjalanan kita sebagai pasangan telah berakhir, namun saya mahu awak tahu yang rasa hormat dan penghargaan saya semakin kuat terhadap awak sebagai seorang ibu.

Saya bersyukur kerana hubungan positif kita yang membolehkan kita sebagai ibu bapa dapat bersatu menyediakan keperluan anak.

Terima kasih untuk semua yang awak lakukan untuk anak perempuan kita. Saya sentiasa bersyukur awak adalah ibunya.

‘Ex dari syurga’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji sikap matang mereka demi tanggungjawab membesarkan seorang anak. Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang berharap agar bekas suami mereka juga mempunyai sikap yang sama.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×