Gambar sekadar hiasan
Tatkala ramai yang mempersoalkan mengapa cucu-cucu diletakkan di bawah jagaan datuk dan nenek mereka sedangkan ibu bapa masih ada, seorang ibu tunggal tampil berkongsi sisi perih jerih berjauhan dengan anak.
Artikel Berkaitan: ‘Hebatnya Tenaga & Emosi Yang Allah Hadiahkan…’ – Rita Rudaini Throwback Video Anak Masa Kecil
Artikel Berkaitan: Penat ‘Ah Long’ Kerap Datang Rumah Minta Hutang Anak, Ibu Tunggal Nekad Nak Jual Buah Pinggang
Pengorbanan ibu tunggal
Gambar sekadar hiasan
Menerusi sebuah hantaran di Facebook (FB), seorang ibu tunggal tampil memberi respon dan berkongsi tentang kisahnya yang terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan ibunya.
Menurut wanita tersebut, kesedihan yang dialami adalah ketika perlu keluar mencari nafkah buat anak. Katanya, tindakan itu bukanlah satu perkara yang mudah selain tidak ramai yang memahami dengan situasinya itu.
Siapa yang tak nak anak ada 24jam? Siapa yang tak nak tengok anak membesar depan mata? Lagi-lagi ibu tunggal. Perjuangan untuk hidup kita perlu tanggung, kesedihan pun kita sembunyikan sendirian.
Kes dera kanak-kanak
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa kerisauan untuk menghantar anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak berikutan kes dera dan kecuaian pihak tersebut semasa mengendalikan kanak-kanak.
Dengan kerja hakiki yang tak menentu masa, kadang-kadang sampai ke malam. Takkan nak bagi pengasuh jaga sampai tengah malam?
Kes anak dalam jagaan pengasuh pun boleh mati, terbellit buaian. Jadi, apa pilihan yang kau ada selain letak anak kau dalam tangan orang yang kau percaya.
Wanita tersebut juga menjelaskan tentang komitmen bekerja bagi seorang ibu tunggal adalah amat penting kerana kebergantungan hidup tidak lagi pada sesiapa malah perlu bekerja dengan lebih keras.
Kalau berenti kerja, kau bukan ada pokok emas yang kau boleh petik belakang rumah nak belikan susu anak. Nak bayar yuran, nak belikan mainan, nak belikan baju, nak bayar insurans anak.
Yang kau ada, tulang 4 kerat kau ni nak teruskan kelangsungan hidup. Untuk anak dan untuk keluarga.
Masa singkat bersama anak
Gambar sekadar hiasan
Dalam hantaran yang sama, wanita itu menyatakan bahawa dia terpaksa ulang alik dari Melaka ke Putajaya setiap minggu dan hanya ada masa yang singkat bersama anak disebabkan komitmen kerja. Namun si ibu tetap mencuba membahagi masa walaupun dalam keadaan penat.
Hari Jumaat lepas balik kerja, terus hadap jem balik Melaka, sebab nak sampai sebelum anak tidur. Setiap saat sangat penting!
Isnin subuh lagi, jam 4 dah bangun, Siap-siap nak pergi kerja. Sebelum pergi kerja, siapkan anak nak pergi sekolah.
Menurut wanita itu, setiap keputusan yang diambil untuk anaknya ada sebab yang tersendiri terutamanya bagi seorang ibu tunggal.
Orang tak nampak, hari-hari kau bergaduh dgn diri sendiri, sebab rasa kau gagal sebagai seorang ibu, sambil sebahagian lagi dari kau yang pujuk diri untuk terus kuat.
Itu belum anak sakit, kene ulang alik dari Melaka ke Putrajaya, tiap-tiap hari! Saya pasti, mana-mana ibu tunggal yang senasib dengan saya, pasti ada sebab tersendiri tinggalkan anak untuk bekerja. Bukan suka-suka sebab nak lari dari tanggungjawab.
Sumber: Facebook