‘Jumpa lagi ya abang.’ Demikian coretan dan luahan hati ibu kepada anak autistik, Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf yang dikongsikan di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Punca Kematian Terjawab, Adik Zayn Rayyan Sah Dibunuh
Artikel Berkaitan: ‘Kecederaan Akibat Mempertahankan Diri’- Zayn Rayyan Dipercayai Dicekik
Tunggu mommy
Menerusi hantaran itu, Ismanira meluahkan rasa rindu terhadap anak sulungnya itu di samping memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang dia membesarkan arwah Zayn.
Jumpa lagi ya abang. tunggu mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti.
Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang.
Minta maaf tak balas mesej
Sementara itu, di posting berbeza, Ismanira berkata telefon bimbit milik dirinya dan suami, Zaim Ikhwan Zahari masih berada di tangan pihak polis bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Ismanira, 28, turut memohon agar mendoakan dirinya kuat untuk menempuh dugaan kehilangan anak tercinta.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan terbaharu, polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh.
Ketika ini, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan kes akan disiasat seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Instagram