berita

Icha Score 5 Goal Di Barcelona! – Pemain Bola Sepak Perempuan Cilik Dari Kedah.

August 26th, 2019 | by Danial
Kini Trending

Masih ingat adik Nur Alya Marissa Binti Nur Al Fatah atau lebih mesra disapa Icha?

Baru- baru ini, Icha telah mewakili team bola sepak pilihan Milo Malaysia, dan telah membuktikan diri beliau sangat berbakat apabila telah berjaya score sebanyak 5 gol di Barcelona.

Nak tengok Icah beraksi di sana? Jom kita tengok video di bawah!

Fuh! Tahniah diucapkan kepada Icah dan pasukannya untuk pencapaian yang baik dan harus dibanggakan! Berikut adalah keputusan penuh perlawanan team Milo Malaysia.

 

Aktif Negaraku sebuah program MILO®!

Untuk pengetahuan korang, MILO® telah berjaya menganjurkan perlawanan bola sepak yang dinamakan Milo Champions Cup di Barcelona dan telah melibatkan 10 buah negara, pada awal bulan Ogos yang lalu.

Di bawah kempen Aktif NegarakuMILO® Malaysia telah menghantar pasukan pilihan dan mendapat tempat ke 3 pasukan terbaik dari 10 negara yang terlibat.

Ini merupakan iniasitif yang baik untuk mendedahkan anak-anak dengan acara permainan bola sepak di peringkat antarabangsa.

Sejajar dengan iniasitif kempen Aktif Negaraku untuk menggalakkan rakyat Malaysia terutama dari peringkat kanak-kanak supaya bergiat aktif dalam aktiviti sukan sekaligus menaikkan semangat patriotisme terhadap negara tercinta.

Dengan bersukan, kanak- kanak dapat menerapkan dalam diri dengan nilai-nilai seperti bertanggungjawab, semangat setia kawan dan kesukanan.

MILO® berharap agar ibu bapa dapat terus menyokong program Aktif Negaraku dengan menyokong setiap penglibatan anak- anak dalam aktiviti sukan terutamanya anjuran program ini.

SKIP THIS AD ×