berita

Idam Anak Perempuan, Tolak Cinta 6 Lelaki – Sasha Saidin

September 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan Sasha Saidin, bekas anggota penyanyi kumpulan Elite?

Kisah perceraian artis kacukan Melayu-Inggeris ini hangat diperkatakan di dada-dada media sekitar Jun-Julai 2012. Kini, selepas hampir 3 bulan bergelar ibu tunggal, Sasha Saidin ketika ditemui di majlis pelancaran produk Cosry Bodycurve, berkongsi kisah bersama media.

“Proses perceraian saya berjalan dengan cepat. Biasanya proses mengambil masa 3 minggu, tapi pada kami hanya 2 minggu sahaja. Mungkin kerana kami bercerai secara baik,” ujar Sasha ketika ditanya mengenai kes cerainya.

Ketika ditanya oleh OHBULAN! jika ada orang yang cuba mendekati dirinya selepas dia berpisah dengan suami, Salyo Priyanto, pantas Sasha menjawab, “Ada juga orang yang datang ‘approach’ saya. Salah seorang juga adalah kawan baik saya yang tiba-tiba bagitahu bahawa dia sudah lama meminati saya.”

“Saya bukannya apa, lagipun baru lepas bercerai dan saya tak mahu secara tiba-tiba ada relation yang baru,” tambah Sasha lagi.

Menurut Sasha lagi, bukan seorang yang datang kepadanya selepas mengetahui dia sudah bercerai, tetapi lebih kurang 4 ke 6 orang yang cuba mendekatinya.

“Saya masih belum melihat potensi dalam diri mereka dan ini sememangnya terlalu awal bagi saya.”

Sasha memberitahu dia tidak kisah untuk berkahwin lagi kerana dia sendiri mahukan zuriat yang ramai dan juga anak perempuan.

” Kalau mahu kahwin itu boleh, saya tak kisah. Tapi tunggulah mungkin 2-3 tahun lagi kerana saya mengharapkan anak perempuan selepas ini,” jelas Sasha sambil tertawa.

Sasha pernah berkahwin pada tahun 2003 bersama Johan Abdullah Skinner kemudian berpisah pada tahun 2007. Dia kemudian berkahwin dengan Salyo Priyanto dan dikurniakan anak lelaki bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono.

SKIP THIS AD ×