berita

Idan Aedan Pernah Terima Gambar Lucah Dari Pengikut Wanita

September 4th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Idan Aedan

Pelakon Idan Aedan mendedahkan dia pernah menerima foto tidak senonoh di Instagram.

Artikel Berkaitan: Ahirine Ahirudin Dedah Diganggu Lelaki Dikenali – ‘Saya Takut, Rasa Macam Ada Mata-Mata Memerhati’

Menerima gambar lucah

Menurut Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, dia telah diganggu oleh seorang wanita dengan menghantar gambar lucah di Instagram.

Bila kita tidak menerima request di Instagram, foto yang dihantar menjadi kabur.

Dari foto kabur itu, saya sudah tahu ia foto tidak senonoh. Saya terus sekat kerana tidak ingin menyimpan perkara sebegitu dalam mesej atau friend request saya.

Aktor berusia 19 tahun itu juga menyatakan bahawa sebelum ini, dia juga berhadapan situasi yang sama dengan pengikut lelaki.

Idan berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis pra tonton filem Tebus di The Starling, Petaling Jaya pada Rabu.

Untuk info, Idan Aedan memegang watak Jalil menerusi filem Tebus yang turut dibintangi oleh Aedy AshrafAhirine Ahirudin, Azhan Rani yang diarahkan oleh Jason Chong. Filem ini ditayangkan menerusi platform Prime Amazon bermula 31 Ogos 2023.

SKIP THIS AD ×