Meskipun Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH-34) telah berakhir, isu mengenai busana serba hitam yang digayakan oleh Aina Abdul ketika acara karpet merah anugerah tersebut masih sibuk diperkatakan oleh netizen sehingga ke hari ini.
Artikel berkaitan: Persis Sekuntum Bunga, Fesyen Unik Aina Abdul Di ABPBH-34 Buat Ramai Terkesima – ‘Tak Panas & Berat Kepala Ke?’
Artikel berkaitan: ‘Kritikan Sebenarnya Publisiti Yang Bagus’ – Aina Abdul
Terbaru, pereka fesyen, Kel Wen memberi penjelasan kepada umum berhubung busana persis bunga itu.
Aina beri kami ruang
Menurut Kel Wen, proses menghasilkan idea busana ini sebenarnya bermula sejak dua bulan yang lalu. Ianya menjadi lebih mudah memandangkan Aina sudah serba tahu apa yang diinginkannya.
Dia ingin ‘all out’ untuk Anugerah Bintang Popular BH pada tahun ini. Apa yang saya suka mengenai kolaboratif bersama pasukan Aina adalah mereka terbuka untuk menerima idea ‘daring’ yang belum pernah dicuba oleh selebriti Malaysia. Saya dan penata gaya iaitu Abu Shaef Hamza gembira apabila Aina membuka jalan dan memberi ruang bagi memperagakan fesyen ‘in a new light’ di negara ini.
Tambah Kel Wen, Aina sudah tahu bahawa dirinya akan mengenakan busana avant garde ilham bunga mawar pada malam tersebut.
Kami tetap mengembangkan lagi idea asal tersebut. Kira-kira 20 helaian lakaran idea telah kami sediakan untuk Aina. Akhirnya, rekaan mawar di bahagian kepala yang dipilihnya kerana ia berkait rapat dengan maksud di sebalik pelancaran single akan datang.
Secara peribadi, saya rasakan kami boleh saja menyiapkan busana ini lebih awal. Cuma kekangan waktu dek persiapan pertunjukan fesyen Kuala Lumpur baru-baru ini membuatkannya sedikit tergendala. Apapun, dalam tempoh dua hari saja, persiapan busana Aina ini berjalan dengan lancar.
Idea asal untuk Siti Nurhaliza
Lebih menarik, Kel Wen memberitahu bahawa busana Aina ini sebenarnya adalah salah satu rekaan asal yang disediakan oleh jenama mereka untuk klip video single Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ‘Kuasa Cintamu’ di mana idea asal busana merah yang disarungkan oleh TokTi adalah berbentuk bunga Mawar. Namun begitu, Kel Wen dan Abu mendapati rekaan tersebut tidak sesuai dengan imej dan apa yang ingin disampaikan oleh TokTi.
Idea tersebut hanya ‘diperam’ saja hinggalah kami memperolehi projek bersama Aina Abdul. Segalanya okay, cuma Aina meminta agar rona merah asal ditukar kepada warna hitam.
Terdahulu, Aina berkongsi kepada umum mengenai makna di sebalik bunga mawar itu.
Sumber: Kel Wen