Pelakon baharu dan usahawan Nurin Afiqah mengukuhkan lagi bidang fesyen dengan memperkenalkan koleksi Summer To Remember yang kini sudah berada di pasaran.
Artikel Berkaitan: Telan 6 Biji Suplemen Setiap Hari, Nurin Afiqah Kena ‘Ceramah’ Dengan Netizen – ‘Tak Bahaya Ke Untuk Buah Pinggang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sophia Albarakbah Bekerja Keras Untuk Menang ABPBH35
Koleksi musim panas
Menurut Nurin, dia mendapat ilham untuk memilih corak flora sebagai ‘baby baru’ ketika dirinya melancong ke Eropah pada awal Februari.
Koleksi Summer To Remember merupakan rangkuman daripada pengalaman saya sewaktu melancong ke Eropah dan kebetulan musim panas jatuh pada bulan hari jadi saya, iaitu julai. Jadi saya abadikan ia sebagai satu momen yang bermakna.
Musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan dan ia memberi inspirasi untuk saya berkongsi koleksi ini dengan lebih ramai wanita.
Kata personaliti media sosial berumur 27 tahun ini, edisi kali ini menjadi titik permulaan untuk NADA berwajah baru, nampak lebih matang dan sesuai untuk wanita berkerjaya.
Terdapat tiga jenis material yang digunakan untuk koleksi ini iaitu denim, pleated floral dan cotton. Konsep flora digunakan bersesuaian dengan nuansa musim panas.
Ini adalah kali pertama jenama kami mengeluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan.
Nurin berkata demikian ketika majlis pelancaran Summer To Remember yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Harga mampu milik
Bercerita tentang harga, pemilik nama Nurin Afiqah Zulkifli menyatakan harga yang dijual sangat berpatutan iaitu bermula RM49 hingga RM249 sahaja.
Dalam pada itu, pelakon drama Tentang Hati Dia menyatakan dia mempunyai perancangan untuk membuka sebuah butik di Bangsar.
Buat masa ini kami hanya ada showroom namun matlamat saya mahu membuka butik sendiri pada tahun depan. Berkemungkinan terletak di Bangsar.
Dan dalam bulan Ogos, kami akan membuka pop-up store di KLCC. Daripada segi harga juga ia berbaloi dengan kualiti kain yang digunakan.
Barisan selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis berkonsepkan taman itu antaranya adalah Che Puan Syamim Farid, Bella Dally, Aprena Manrose, Sophia Albarakbah, Siti Khadijah dan Adriana Adnan.