Tindakan pelakon baharu Nurin Afiqah menelan enam biji suplemen setiap hari menuai pelbagai respon daripada warganet termasuk seorang pegawai kesihatan.
Artikel Berkaitan: Telan 6 Biji Suplemen Setiap Hari, Nurin Afiqah Kena ‘Ceramah’ Dengan Netizen – ‘Tak Bahaya Ke Untuk Buah Pinggang’
Tak perlu makan pil untuk penghidratan kulit
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai @drwanshare berasa risau melihat jumlah pengambilan suplemen yang diambil Nurin.
Okay Phyto-9, sunblock! Pil? My god! Sunblock jenis makan tak perlu lagi saya bahas. Hampa boleh tengok dekat video lepas. Okey kita tengok lagi pil apa dia makan.
Vitamin C.. okey ramai juga yang ambil sejak Covid-19. Tapi takpa yang itu memang disaran pun. Tetapi jangan ambil overdose, itu saja saya nak cakap.
Aduh.. seriuslah nak kulit kekal hydrasi makan pil juga. Minum air pun dah cukup.
Kesian dekat buah pinggang
@drwanshare Isu supplemen dan buah pinggang, isu yang dah bosan sebenarnya aku nak bahas…. tapi korang dah tag aku kan #dr1share #doktor #tiktokguru ? original sound – DR1 SHARE
Kata pegawai kesihatan itu, rutin harian aktres berumur 26 tahun ini akan memakan dirinya sekiranya berlanjutan.
Tegasnya, perbuatan itu akan menyebabkan personaliti media sosial didiagnosis berdepan dengan masalah buah pinggang dan hati.
Kesian la dekat buah pinggang. Kesian juga dekat hati nak kena tapis semua kotoran. Ingat senang ka nak tapis hari-hari tanpa henti?
Tak pasal-pasal hati berlemak. Tak pasal hati berparut. Itu belum lagi sembang pasal buah pinggang rosak. Nak dialisis pula dah. Saya bukan nak busybody tetapi saya kesian dekat korang nanti. Tak semua orang suka sakit.
Dalam pada itu, pegawai kesihatan tersebut juga berkongsi tangkapan skrin satu artikel yang menyatakan, ’70 peratus pesakit buah pinggang ambil supplemen.’
Sumber: TikTok @drwanshare