berita

Identiti Makcik Wristband Merah Jambu Dikenalpasti, Siasatan Sedang Dijalankan

July 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai melanggar arahan kuarantin apabila makan di restoran. Tindakan wanita yang masih memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 itu mengundang rasa bimbang orang ramai.

Artikel berkaitan : Rileks Je Makan Di Restoran Walaupun Sedang Dikuarantin, KKM Cari ‘Makcik’ Ini

Terbaru, Harian Metro melaporkan, identiti wanita terbabit sudah dikenalpasti namun siasatan masih dijalankan.

Kerajaan negeri tidak akan berdiam diri

Memetik laporan portal berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memaklumkan, pihaknya menunggu pengesahan muktamad daripada JKNP mengenai maklumat kejadian sebelum ia dapat diumumkan.

Kerajaan negeri tidak akan berdiam diri memandangkan ia mempunyai kebarangkalian merebak (jika individu terbabit disahkan positif). Saya masih (perlu) menunggu pengesahan rasmi daripada pihak yang terbabit iaitu JKNP serta polis dan semestinya kita mahukan jawapan secepat mungkin (untuk tindakan susulan).

Saya tidak mahu mendahului sesiapa (JKNP) namun saya nasihatkan orang ramai yang merasakan pernah berkunjung ke medan selera yang dimaksudkan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjalani ujian calitan selain kuarantin diri sendiri sekiranya bergejala.

Pihaknya juga akan memanggil pihak berkaitan termasuk pemilik premis untuk melihat tindakan sewajarnya yang boleh diambil kepada mereka selepas maklumat terperinci disahkan.

 Setakat ini saya tidak mahu dedahkan maklumat sedia ada biarpun sebahagiannya sudah dikenal pasti bagi mengelakkan kegusaran masyarakat.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media operasi pemindahan gajah jantan liar di Kampung Jalong, Sungai Siput hari ini.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×