berita

Idola Kecil Muncul Kembali Selepas 7 Tahun. Ada Kejutan Besar!

November 8th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Setelah 7 tahun tak bersiaran, program realiti nyanyian kegemaran kanak-kanak di Malaysia, Idola Kecil Di Rumah 2021 kini kembali ke kaca TV dengan musim terbaru yang dihoskan oleh penyanyi kesayangan ramai, Sissy Imann!

Menariknya, Idola Kecil musim terbaharu ini bukan sekadar pertandingan nyanyian, tetapi ia juga akan menguji kebolehan peserta dari aspek komunikasi, IQ dan kecerdasan otak melalui segmen Sembang IK dan Genius IK.

Tapi jangan risau, program ini dirakam mengikut segala SOP norma baharu tanpa kehadiran penonton dan kesemua peserta akan berentap dalam pertandingan realiti ini secara virtual dari rumah sahaja!

Haqiem Rusli buat kemunculan istimewa!

Kalau korang dan anak-anak mengikuti Idola Kecil dari musim pertama, mesti korang kenal dengan Naib juara Idola Kecil musim pertama. Siapa lagi kalau bukan Haqiem Rusli!

Haa..pada episode pertama ni, Haqiem Rusli diundang menjadi host jemputan dan juga sebagai senior kepada peserta-peserta Idola Kecil 2021 ni.

Memang terkejut dan kagum Haqiem Rusli dengan semua peserta. Mana taknya, masing-masing memang berbakat besar dan menyerlah!

Lagu yang dipilih pula semuanya mencabar vokal mereka dan suara masing-masing memang power! Macam penyanyi profesional. Fuh, susah nak pilih pemenang ni nanti.

Psst..dengar cerita, pihak penaja hantar surprise melalui drone! Apa sebenarnya dalam kotak misteri tu?

Memang tak pernah dibuat orang! Terkejut semua orang apabila penaja utama Idola Kecil iaitu Scott’s menghantar kotak misteri kepada host dan peserta-peserta di rumah dengan drone. Gempak betul!

Yang istimewanya, isi kandungan kotak misteri tu mengandungi Scott’s Pastille Vitamin C Perisa Blackcurrant Terbaru. Bestlah semua peserta dapat merasai keenakan dan kebaikan Scott’s Pastille Vitamin C ni!

Scott’s adalah jenama No.1 di Semenanjung untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-Kanak* & Vitamin C (Kanak-Kanak)*

Diana Danielle Instagram

Scott’s memang satu jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, Scott’s Pastille dengan Vitamin C Perisa Blackcurrant ni dirumus khas buat kanak-kanak 3 tahun ke atas dengan perisa buah-buahan yang lazat dan mengandungi Vitamin C supaya mereka boleh terus meneroka dan membesar setiap hari.

Scott’s Pastille yang tinggi dengan Vitamin C ni juga kenyal dan enak untuk dinikmati kanak-kanak serta membantu menyumbang kepada penyerapan zat besi daripada makanan.

Tapi, walaupun rasanya lazat, jangan makan banyak-banyak tau. Cukup hanya 3 hingga 4 biji pastil setiap hari kerana 1 biji pastil ni mengandungi 21mg vitamin. Yang penting, pastikan anak-anak makan di bawah pengawasan ibu bapa tau!

*SCOTT’S MERUPAKAN MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN KANAK-KANAK DAN KATEGORI VITAMIN C (KANAK-KANAK) NO.1 DI SEMENANJUNG MALAYSIA BERDASARKAN PANGKALAN DATA IQVIA DALAM AUDIT RUNCIT MENGENAI AUDIT KESIHATAN TAMBAHAN ANAK DAN VITAMIN C (ANAK), UNTUK TEMPOH TERSEBUT JUMLAH TAHUNAN BERGERAK (MAT) MAR 2019 – FEBRUARI 2020.

Jom dapatkannya di pasaran sekarang!

Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan Scott’s Pastille dengan Vitamin C Blackcurrant di kedai berdekatan korang!

Oh ya, jangan lupa juga untuk saksikan Idola Kecil 2021 setiap hari Ahad, jam 3 petang hanya di TV3!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram Scott’s Malaysia. 

PM-MY-SCT-21-00206

SKIP THIS AD ×