Sejak kebelakangan ini, tawaran mempromosikan judi dalam talian menjadi sangat popular terutamanya dalam kalangan pempengaruh media sosial, malah tawaran tersebut turut diterima oleh pelakon Idzham Ismail.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ada Persamaan Tinggi, Bentuk Badan & Muka, Tapi Bukan Saya’
Jumlah besar
Menerusi hantaran di Instagram Story, Idzham atau nama sebenar Muhammed Idzham Ismail mendedahkan judi dalam talian ini sudah beberapa kali menawarkannya untuk mempromosikan platform mereka dengan jumlah yang agak banyak.
Walaupun tidak mendedahkan jumlahnya, namun Idzham menyatakan jumlah yang ditawarkan membuatkannya tergoda.
Mereka menawarkan saya banyak kali dengan jumlah yang besar yang besar dan menggoda.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, biarlah tidak kaya asalkan rezeki yang dicari halal untuknya dan keluarga.
Tambahnya lagi, dia sentiasa berpegang teguh dengan agama serta tanggungjawabnya sebagai Muslim.
Saya menolak untuk buat, biarlah tak dapat kaya terus asalkan rezeki halal. Saya sentiasa pegang prinsip dan tanggungjawab. Tak nak menjawab dekat akhirat nanti.
Sumber: Instagram