berita

Ifa Raziah Nafi Starvendors Hambar – ‘Datang 7 Pagi Memanglah Sendu, Lepas Berbuka Meriah’

March 31st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Ifa Raziah

Selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Starvendors Mega Raya Festival 2024 anjurannya hambar dan sendu.

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Cuba Jatuhkan Saya’ – Ifa Raziah Pecat 2 Pekerja Tidak Amanah & Penipu

Artikel Berkaitan: Pengunjung Bertuah Starvendors KLCC Bakal Bawa Pulang Duit Raya Bernilai Lebih RM100k!

‘Tidak benar sama sekali’

Ifa Raziah

Ketika ditemui OhBulan!, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata berkemungkinan dakwaan itu timbul kerana pengunjung datang pada sebelah pagi dan bukan ketika waktu kemuncak.

Tahun lepas kami buka lima hall, tapi tahun ini kita buka dua hall sahaja. Tetapi kedainya padat. Pihak kami mahu berikan peluang kepada usahawan yang berniaga lebih lagi untuk menjana keuntungan.

Macam sendu atau hambar itu tengok pada waktu datang di Starvendors, kalau datang pukul 7 atau 8 pagi memanglah sendu. Orang sedang tidur dan bekerja.

Tetapi kalau datang selepas waktu berbuka puasa, lihatlah seramai mana pengunjungnya. Nak bergerak pun memang sesak, itu terbukti sambutan sangat meriah.

Dakwaan hambar tidak benar sama sekali. Kena datang baru tahu meriahnya macam mana.

Ifa berkata demikian ketika ditemui pada acara Starvendors Mega Raya Festival 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Ahad.

Melanjutkan bicara, Ifa berkata pada hari kemuncak iaitu esok, sebanyak dua buah kereta dan wang tunai berjumlah RM100,000 bakal diberikan kepada pemenang bertuah.

Pada 1 April sehingga jam 12 tengah hari iaitu hari penutup, Shuib akan berikan duit raya sehingga RM100,000 kepada pemenang-pemenang bertuah yang membeli barangan Shuib iaitu Beesociety.

Ada juga yang bakal membawa pulang sebiji kereta dan lima buah telefon daripada Shuib. Selain itu, Sugarbomb juga akan berikan kereta Alza kepada pemenang yang bertuah.

Starvendors Mega Raya Festival 2024 kembali lagi tahun ini bertempat di Hall 4 & 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula pada 29 Mac lalu hingga 1 April ini selama 24 jam tanpa henti.

SKIP THIS AD ×