Selebriti dan usahawan Datuk Ifa Raziah sekali lagi membantu usahawan selebriti berniaga menerusi penganjuran StarVendor Perak Foodstival.
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Guna Khidmat Empat Hingga Lima Pengawal Peribadi Setiap Kali Hadir Acara Besar
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Anjur Himpunan Kemanusian Palestin, Lebih 45 Artis Dihimpunkan
Sediakan platform artis meniaga
StarVendor Perak Foodstival bakal berlansung pada 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 dan memilih Stadium Indera Mulia Ipoh sebagai lokasinya.
Seramai 40 orang artis dan pempengaruh yang akan terlibat dan menjayakan acara ini.
Antaranya, Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Nora Ariffin, Noraniza Idris, Dato Seri Vida, Zarina Zainuddin, Salina Saibi, Serina Redzuwan, Reen Rahim, Nadia Brian, Cheta Pot Pet, Nur Ristena, Lan Pet-Pet, Faezah Elai, Syuk Sahar, Acong Sweetchild, Han Budak Cina, Doktor Dhia, Linda Eva, Fauzi Nawawi, Lisdawati serta dimeriahkan dua pengacara iatiu Ahfad dan Kelly Azman.
Ifa berkata, matlamat penganjuran ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
Niat saya untuk bantu usahawan-usahawan tempatan untuk mencari rezeki terutama sekali rakan-rakan artis yang berniaga.
Dalam waktu yang sama saya meihat rakan selebriti yang saya bawakan untuk kali ini semuanya yang mempunyai produk hasil tangan mereka semdiri.
Selain itu, pelbagai acara menarik turut disajikan untuk pengunjung antaranya jualan indoor dan outdoor, segmen bual bicara ‘Women To Women’, pertandingan Ratu Cilik, Karaoke Starvoice dan persembahan istimewa Ukay’s, Qalam Band dan Pretty Ugly.