berita

Ifan Seventeen Bawa Bakal Isteri Jalani Ujian Kesuburan & Ziarah Kubur Arwah Bekas Isteri

April 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Ifan Seventeen telah memuat naik sekeping foto seperti sedang melakukan persiapan pernikahan.

Artikel berkaitan: Kongsi Foto Hantaran, Ifan Seventeen & Citra Monica Bakal Nikah Tidak Lama Lagi

Menerusi laporan Astro Gempak, Ifan memberitahu bahawa sudah 70 peratus persiapan sudah dilakukan olehnya dan mereka merancang untuk melakukan majlis tersebut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bawa kunjung kubur bekas isteri

Menurut Ifan, dia membawa Citra untuk menziarah kubur bekas isterinya iaitu Dylan Sahara. Tambahnya, dia turut membawa keluarga Dylan bersama.

Saya masih menjaga silaturrahim dengan keluarga Dylan walaupun dia sudah meninggal dunia. Ibu Dylan seperti ibuku sendiri.

Ya, kami bertemu doktor untuk mengetahui dan periksa kesuburan.

Di samping itu, Ifan dan Citra didakwa telah berjumpa dengan doktor bagi memastikan mereka berdua masih subur dan boleh memiliki zuriat selepas berkahwin kelak.

Perancangan tidak kesampaian

Terdahulu, Ifan dan Citra merancang untuk berkahwin pada bulan Mac atau April tahun ini. Namun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu disebabkan wabak Covid-19. Sebelum ini, hubungan Ifan dan Citra sempat menjadi perbualan hangat kerana insiden vokalis itu ‘ditangkap’ di kediaman wanita tersebut pada tahun lalu.

Ifan merupakan duda yang mempunyai seorang anak sebelum menikah dengan bekas isterinya, Dylan. Citra juga seorang janda dan mempunyai seorang anak.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×