berita

IFF Angkat Pereka Fesyen Amatur Ke Pentas Peragaan

October 29th, 2013 | by Ai
Kini Trending

IFF KL press conference-17

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia fesyen tanah air mahupun antarabangsa, pastinya sudah sedia maklum dengan acara penuh berprestij, Islamic Fashion Festival (IFF) bukan?

Secara umumnya, IFF kali ini bakal diterajui oleh beberapa pereka fesyen amatur, antaranya butik Zawara, Jarumas, Mawaddah, Pearl Haya serta Suci by Yatt Hamzah.

Kesemua pereka fesyen ini bakal menyediakan sekurang-kurangnya tujuh pasang outfit bertemakan KL . London . Paris . New York untuk pertunjukan fesyen IFF yang akan diadakan pada pertengahan November depan.

Menurut pengasas IFF, Dato’ Sri Raja Rezza Shah, beliau amat berbangga apabila Islamic Fashion Festival berjaya menembusi pentas fesyen antarabangsa dan secara tidak langsung, ia menjadi ilham buat beliau untuk memilih bandar-bandar tersebut sebagai tema istimewa pertunjukan fesyen IFF pada kali ini.

IFF KL press conference-11

Dato’ Sri Raja Rezza Shah diapit oleh selebriti terkenal, Yatt Hamzah & Sasha Saidin

Berkongsi lebih lanjut mengenai pertunjukan fesyen IFF yang telah diasaskan selama tujuh tahun, Dato’ Sri Raja Rezza akui merasa sedikit kesal apabila terdapat segelintir masyarakat memberi respon negatif terhadap pertunjukan fesyen tersebut.

Menurut beliau, pihaknya amat perihatin dengan sensitiviti masyarakat beragama Islam terhadap fesyen-fesyen muslimah masa kini, akan tetapi, semuanya perlu dilakukan secara berperingkat, agar ianya tidak terlalu nampak drastik dan melampau.

Meskipun sebelum ini saya banyak terima kritikan daripada orang ramai mengenai pertunjukan fesyen IFF, yang kononnya tidak mengikut syariat sebenar agama islam. Ya, saya akui tetapi dari semasa ke semasa saya telah cuba untuk memperbaiki semua itu.

Lagipun pertunjukan fesyen ini diadakan diperingkat antarabangsa dan di negara-negara yang majoritinya terdiri daripada rakyat bukan beragama Islam. Justeru itu, saya kena peka dan ambil penekanan untuk mengubahnya sedikit demi sedikit agar semuanya tidak terlalu nampak drastik.

Saya akui memang aurat itu penting. Oleh itu, saya ada sediakan garis panduan tertentu buat pereka-pereka fesyen yang telah dipilih agar mengikut garis panduan tersebut. Tambahan pula, IFF bukan sahaja untuk mengetengahkan fesyen-fesyen wanita muslimah, akan tetapi, ia turut melibatkan kerjasama serta keharmonian antara Malaysia dan negara-negara lain.

IFF KL press conference-18 Dato’ Sri Raja Rezza Shah kesal IFF dikritik oleh segelintir masyarakat

Untuk makluman, IFF bukan sahaja melibatkan individu beragama Islam, malah pertunjukan fesyen ini turut mendapat kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang segelintirnya terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam seperti Sunsilk (Unilever) dan kosmetik kecantikan Amelia.

Sebagai rujukan, pertunjukan IFF yang bertemakan KL . London . Paris . New York ini akan diadakan pada 18 November hingga 20 November 2013 bertempat di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pertunjukan fesyen ini, anda boleh layari laman web rasmi IFF di www.islamicfashionfestival.com.my.

Di sini OHBULAN! ingin selitkan beberapa foto menarik sekitar sidang media IFF yang diadakan baru-baru ini.

SKIP THIS AD ×