berita

IG Hetty Koes Endang Kena Serang, Netizen Minta Jaga Mulut & Hati Orang Bila Bercakap – ‘Jangan Main-Main!’

December 12th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Nama penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi bahan bualan hangat netizen di media sosial selepas dia memberikan komen pada persembahan Siti Nordiana di konsert akhir All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Setiap Penyanyi Akan Berikan Sehabis Baik, Raikan Bukan Menjatuhkan’ – Datin Alyah

Artikel Berkaitan: Alyah ‘Menangis’ Bila Hetty Koes Endang Puji Lagu Kisah Hati Versi Siti Nordiana Lagi Sedap

Terbaru, akaun Instagram Hetty Koes Endang diserang netizen gara-gara membandingkan nyanyian Siti Nordiana dengan Alyah.

Bunda tak layak bagi komen

Menurut netizen, apa yang diperkatakan Hetty Koes Endang pada malam tersebut didakwa sangat melampau dan tidak menjaga hati penyanyi asal lagu ‘Kisah Hati’ iaitu Datin Alyah. Mana taknya, Hetty atau lebih mesra disapa Bunda dilihat memuji Nana dengan mengatakan nyanyiannya lebih merdu mendendangkan lagu tersebut berbanding penyanyi asal.

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Hetty dan meluahkan rasa marah terhadap kata-kata yang dikeluarkan oleh pelantun suara ‘Berdiri Bulu Romaku’ itu.

Jangan main-main ya bunda!

Terdahulu, Alyah memberitahu kehadirannya pada pentas akhir program realiti berkenaan adalah untuk memberikan sokongan buat rakan selebritinya itu namun, sama sekali tidak menjangka komen seperti itu akan diberikan.

Tambah isteri kepada Datuk Ramli MS itu lagi, setiap penyanyi pastinya akan memberikan yang terbaik untuk membawakan sesebuah lagu bagi peminat mereka di atas pentas.

Saya datang sebab nak support kawan. Walaupun pekara ini juga mengejutkan saya, tapi saya yakin setiap penyanyi pasti akan bagi sehabis baik yang mereka ada.

Raikan bukan menjatuhkan.

Sumber: Hetty Koes Endang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×