berita

‘Ijat Tetap Ingat Pesan Uda’ – Shahrulezah Luah Rasa Rindu Arwah ‘Makcik Petir’

April 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kehilangan seorang lagi permata seni iaitu Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai ‘makcik petir’ sangat meninggalkan kesan buat kita semua. Malah, lakonannya menerusi beberapa buah drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan dan Tari Tirana pasti membuatkan kita semua merindukan gelagat dan bakat lakonan arwah.

Artikel berkaitan: ‘Mak Cik Petir’ Meninggal Dunia

Pengarah Shahrulezad merupakan anak buah kepada arwah akui terkesan dengan kehilangan permata seni yang paling bernilai. Pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu meluahkan rasa rindu dan mengimbau kembali pesanan arwah buat dirinya.

I really miss you..

Di Instagram, Shahrulezad berkongsi sebuah video kenangan penglibatan Makcik Petir dalam drama-drama yang pernah dilakonkannya dahulu. Pengarah ini juga meluahkan rasa rindu dan berkongsi pesanan arwah kepadanya.

Uda, I really miss you. Rindu dengan panggilan telefon Uda yang mahu berkongsi cerita dengan Ijat. Sekarang Ijat tak terasa sangat sebab Ijat macam rasakan Uda masih ada lagi. Masih terngiang-ngiang suara Uda. Tapi esok lusa pasti rasa kehilangan tu akan menerpa jua.

Tapi Uda jangan bimbang Ijat tak akan bersedih lama sebab Ijat ingat pesan Uda. Uda pesan kalau Uda dah tak ada nanti jangan nangis over sangat. Masa hidup tak nak pula kau nangis meratap tapi bila aku dah tak ada yang kau nak meraung-raung meratap sampai putih biji mata tu dah kenapa? Walau Uda berseloroh Ijat tetap ingat pesan Uda tu.

Kita semua tak akan bersedih berpanjangan

Tambahnya lagi, Shahrulezad tidak akan melupakan segala nasihat dan pesanan ibu saudaranya itu. Dia juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kedamaian Noryati Taib di syurga abadi.

Uda, yang pasti nama Uda dan ahli keluarga kita yang lain tak akan lekang dalam setiap doa Ijat. Kasih sayang Uda, gelak tawa dan lawak Uda pada kami sampai mati Ijat tak akan lupa. Uda jangan risau. Ijat, adik-adik Ijat, mak dan anak-anak Uda even Pak Uda berjanji yang kita semua tak akan bersedih yang berpanjangan sebab Uda pergi dalam keadaan yang cukup sempurna dan dipermudahkan.

Lagipun Ijat tahu InsyaAllah kita semua akan disatukan kembali di syurga abadi atas izinNya jua. Perpisahan ini hanya sementara saja Uda. Esok lusa pasti kami semua akan menyusul jejak Uda.

Ya Allah Ya Tuhanku… Kau kurniakanlah rahmatMu dan kasih sayangMu pada Mak Udaku. Peliharalah rohnya Ya Allah. Damaikan pembaringannya. Satukan keluarga besar kami di syurgaMu nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Sumber: Budak Ijat

SKIP THIS AD ×