Pelakon Ika Nabella memberitahu dia sentiasa memaksa dirinya untuk membaca al-Quran sekurangnya tiga muka surat setiap kali selepas solat.
Artikel Berkaitan: Ika Nabella Selar Individu Tak Puas Hati Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif – ‘Jangan Meludah Ke Langit Adik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janganlah Dekat Dengan Suami Orang, Ramai Lagi Lelaki Bujang’ – Ika Nabella
Baca Quran
Ika atau nama lengkap Nabila Abdul Rahim, berkata, hidupnya seperti tidak lengkap jika tidak membaca kitab suci itu dan merasakan imannya menjadi lemah.
Saya sentiasa memaksa diri saya untuk membaca Quran selepas solat dan saya rasa tidak bermotivasi sebab apa? Sebab lemah dengan duniawi.
Iman saya? Lemah-selemahnya, jadi kalau dapat baca tiga muka surat, saya rasa sangat bersyukur.
Saya sentiasa percaya, usaha yang berpanjangan adalah kuncinya. Insya-Allah, walau apa jua keadaan kita sentiasa berusaha dan perbaiki.
Ika berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, pada Khamis.
Inspirasi
Dalam pada itu, Ika turut berpesan kepada orang ramai supaya mencuri waktu walau sekejap untuk membaca Quran sekurangnya satu muka surat sehari.
Cuba (baca Quran), kalau awak larat boleh baca lima muka surat setiap hari. Tetapi kalau ada kerja (sibuk) baca tiga muka surat sudah bagus.
Kalau malas sangat sebab bateri badan rendah, dapat baca satu muka surat sehari pun okay.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Ika berharap perkongsianya dapat memberi inpirasi kepada orang ramai.
Saya harap perkongsian saya tidak membuat anda muak. Saya hanya mahu berkongsi perjalanan hidup dalam sosial media.
Saya kongsi gaya hidup dan pelbagai lagi. Mengapa tidak saya selitkan perkongsian mengenai amalan saya membaca Quran. Mana tahu, setidaknya dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Insya-Allah.
Sumber: Instagram