Pelakon Ika Nabella memuji sikap aktres Bella Astillah yang tabah meskipun sudah beberapa kali dilanda ujian rumah tangga.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Janganlah Dekat Dengan Suami Orang, Ramai Lagi Lelaki Bujang’ – Ika Nabella
Artikel berkaitan: Ika Nabella Selar Individu Tak Puas Hati Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif – ‘Jangan Meludah Ke Langit Adik’
Kagum dengan Bella
Menerusi hantaran di Instagram Stories, perkenalannya dengan Bella bermula pada tujuh tahun lalu dengan memberikan kata-kata semangat apabila rumah tangganya sedang bergolak ketika itu.
Baru-baru ini, dia juga ada menghubungi Bella bagi membincang soal kerja serta memuji caranya yang profesional berdepan dugaan tersebut.
Saya mesej dia pasal kerja tadi, macam biasa she’s professional reply despite what she’s going through right now. Subhanallah.
Bella, this time I wanna say it out loud. May Allah ease everything for you. May your children grow happily. May Allah murahkan rezeki you dan anak-anak.
Tak percaya apa yang berlaku
Dalam hantaran lain, Ika turut meluahkan rasa geram memikirkan kejadian yang menimpa rumah tangga Bella.
Katanya, dia hairan dengan tindakan Ruhainies yang disifatkan seperti pengkhianatan terhadap kawan baiknya, Bella.
Sorry. Tetap emo walaupun tadi kata tak nak campur. Saya tak boleh tidur overthink ke anxiety ke apa tak tahu lah dari tadi dalam otak fikir ‘Is this real?’ ‘Prank ke?’
Apa yang saya tak boleh nak hadam adalah, macam mana seorang wanita yang merupakan seorang kawan sanggup buat macam tu? Saya harap perkara ini tidak benar.
Sementara itu, Ika berkongsi doa-doa untuk menghindari zina buat diri sendiri dan anak-anak juga.
Terdahulu, suami kepada Bella iaitu aktor dan penyanyi, Alif Aziz dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Susulan itu, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu.
Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.