berita

Ikea Damansara Tutup, Pekerja Sah Positif Covid-19

January 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Peningkatan kes positif Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan beberapa sektor ekonomi terjejas dan bilangan kes turut membimbangkan ramai pihak.

Terbaharu, IKEA Damansara mengumumkan berita sedih apabila terdapat beberapa staf dan pekerja dijangkiti positif Covid-19. Kedai gedung perabot terbesar itu disarankan untuk tutup operasi mereka seketika atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Staf, pekerja positif Covid-19

Berita sedih itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi IKEA sendiri di mana mereka akan tutup operasi bermula 2 Januari 2020 sehingga tarikh diberitahu kelak.

IKEA Damansara, 2 Jan 2021: Following one of our scheduled routine tests, we are sad to announce we have confirmed Covid-19 positive cases involving our store co-workers and service partners. We have been advised by the Ministry of Health (MOH) this morning to close our store from today until further notice to undergo full contact tracing and sanitisation in accordance to MOH’s standards.
Dukacita dimaklumkan terdapat beberapa pekerja dan staf dijangkiti positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan sepertimana dijadualkan mengikuti rutin. Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati untuk IKEA menutup operasi buat sementara waktu sehingga tarikh akan diumumkan. Ini adalah bagi proses menjejaki individu yang turut dijangkiti virus ini dan proses sanitasi bangunan tersebut.

Beberapa proses perlu dijalankan

Sementara itu, pihak IKEA akan memastikan penularan wabak ini dibendung secepat mungkin dengan menjalankan ujian saringan, menjejaki kontak rapat, proses sanitasi dan kuarantin untuk semua individu yang mempunyai kontak rapat.
We are working closely with the authorities and will act on their advice. We have and will continue to carry out all necessary safety measures including replacement of service partners’ workers, contact tracing, swab tests, quarantine for all close contacts and sanitisation. Customers who are believed to be close contacts will be contacted by public health officials.
Sumber: IKEA

SKIP THIS AD ×