berita

Iklan Produk Tinggi Dalam 3 Hari, Tweet Wanita Ini Buat Netizen Terhibur.. Ada Juga Yang Percaya?

February 9th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jika lihat di instagram hari ini, terdapat pelbagai produk dijual secara online yang diragui keberkesanannya. Apa yang paling tidak logik adalah ubat yang mampu menambah ketinggian dalam masa 3 hari, biar betul?

Rimas dengan pelbagai iklan merepek sebegini, seorang individu di twitter memuatnaik gambar edit memanjangkan kaki ‘perli’ keberkesanan produk tinggi di pasaran. Di ruangan balas, ramai yang terhibur!

Alhamdulilah selepas 3 hari

Pada awalnya gambar ini diedit menggunakan apps untuk memerli peniaga yang menjanjikan tinggi dalam 3 hari. Ramai yang bersetuju dan terhibur sehingga tweet ini mendapat lebih 2k perkongsian dan 1.5k likes. Di ruangan balas, ada yang kreatif edit gambar ini sehingga ke sebulan penggunaan. Lawak!

Selepas 6 hari

Selepas 12 hari

Selepas 24 hari

Selepas sebulan

Pakai apps je

Apa-apapun, sebelum mengambil sebarang produk yang dijual di pasaran. Pastikan periksa dan dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan sebarang kesan tidak baik di masa hadapan. Malah sebelum ini pun sudah ramai doktor yang memberitahu tiada ubat yang boleh tambah ketinggian orang dewasa lagi-lagi dalam masa 3 hari je!

Sumber : Tatty Hassan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×