Wujud perasaan gembira apabila dapat menjejak kaki ke negara orang. Selain menikmati udara dan memperolehi pengalaman menarik semasa melancong, kita juga dapat melihat budaya dan kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Tapi tanpa sedar, ada bahayanya juga apabila melancong di negara orang. Pengguna Facebook, Nur Aliah Mohd Nor kongsi pengalaman dan 15 tips paling berguna semasa melancong di Vietnam. Malah, dia sendiri menghadapi situasi ini ketika melancong di negara Indochina itu.
Tips penting
Jika anda ingin bercuti di negara ini, pastikan anda telah baca pengalaman yang dihadapi oleh pelancong lain. Hal ini bagi memastikan anda lebih berhati-hati sepanjang berada disana.
Mereka akan tipu
Anda juga dinasihatkan lebih berhati-hati ketika menjalankan urusan jual beli kerana peniaga disana akan mudah untuk tidak membenarkan sebarang pertukaran barang semula.
Elakkan beli air tepi jalan
Anda dinasihatkan untuk tidak membeli air yang dijual ditepi jalan kerana kesannya agak bahaya sehingga mengakibatkan batuk dan sakit tekak.
Ini pesan dari gadis ini ketika anda melancong di negara Indochina ye. Hati-hati dan selamat bercuti!
Credit: Nur Aliah Mohd Nor