Majlis perasmian Festival Filem Malaysia Ke-33 dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang bertemakan ‘EMAS – Revolusi Sinema Malaysia’.
Artikel Berkaitan: Filem ‘Indera’ Lakonan Shaheizy Sam & Azira Shafinaz Dipilih Sebagai Filem Pembukaan Festival Filem Asia Pasifik Ke-61
Artikel Berkaitan: Fahmi Fadzil Nafi Arah Naratif Jahat Salahkan PAS Isu Festival Good Vibes 2023
FFM 33: 24 kategori
FFM 33 menerima sebanyak 104 penyertaan namun 95 pencalonan sahaja layak bertanding dengan 64 filem cereka, 20 filem pendek serta 11 filem dokumentari.
Berikut merupakan 24 kategori yang dipertandingkan pada malam Anugerah FFM 33:
- Filem Terbaik
- Pengarah Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
- Pengarah Harapan
- Pelakon Lelaki Harapan
- Pelakon Wanita Harapan
- Cerita Asal Terbaik
- Lakon Layar Terbaik
- Sinematografi Terbaik
- Penyunting Terbaik
- Penataan Bunyi Terbaik
- Penataan Seni Terbaik
- Kesan Khas Visual Terbaik
- Skor Muzik Terbaik
- Lagu Tema Terbaik
- Tatarias/Solekan Terbaik
- Rekaan Kostum/Busana Terbaik
- Poster Terbaik
- Filem Pendek Terbaik
- Dokumentari Terbaik
Pemenang bagi 27 kategori bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan trofi.
Festival Filem Malaysia ke-33 kai ini turut memperkenalkan 57 program sisipan interaktif dalam tiga teras iaitu Film Buzz, Pembudayaan Sinema dan Peningkatan Profesionalisme.
Filem Imaginur tercalon 15 kategori
Pada malam perasmian, filem arahan Nik Amir Mustapha, Imaginur mendominasi pencalonan dengan 15 kategori secara keseluruhan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Tatarias Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik dan Poster Terbaik.
Pelakon utama Imaginur, Beto Kusyairy tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik bersama barisan pelakon hebat lain iaitu Zul Ariffin, Shaheizy Sam, Asrulfaizal dan Chew Kin Wah.
Manakala, pelakon Diana Danielle dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik bersama Nabila Huda, Nadia Aqilah, Susan Lancaster dan Chean Keat Yoke.
Senarai kategori yang tercalon ini diumumkan pada majlis perasmian FFM 33 di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), malam tadi.
Malam Anugerah FFM 33 bakal berlangsung pada 7 Disember depan, bermula 9 malam di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.
Penonton juga boleh menonton secara penstriman di TV2 RTM serta Youtube FINAS.