Penyanyi Iman Troye yang juga merupakan Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara.
Artikel Berkaitan: Putus Cinta Tak Halang Iman Troye Dekan Setiap Semester
Bagi semangat
Baru-baru ini, Iman hadir memberi semangat dan motivasi kepada lebih 1,000 pelajar SPM menerusi program Seminar Roadtour Skor A+ SPM yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, kehadirannya bukan sekadar duta dan ikon, tapi menyifatkan ia adalah tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaiknya.
Pada program ini sebanyak 1,020 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan.
Bagi saya, penyertaan itu cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.
Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka.
Apa yang pasti, saya bersama PTTI komited untuk terus membantu pelajar yang bakal menduduki SPM ini agar mereka berada di landasan betul.
Pada Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan, mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan.
Persediaan yang dibuat PTTI ini selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM).
Siri jelajah percuma
Dalam masa sama, PTTI akan meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September ini.
PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.
PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolah di seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai.
Sumber: Instagram