Setiap pasangan di dunia ini pasti mengimpikan kebahagiaan hakiki sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan kerana itu lah salah satu tujuan perkahwinan. Namun tidak semua orang berpeluang merasai kebahagiaan tersebut.
Artikel Berkaitan: Lagi 2 Bulan Nak Kahwin, Tiba-Tiba Calon Suami Minta Putus, Wanita Terkejut Bila Tahu Punca Sebenar!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Akan Pergi Jauh..’ – Wanita Tabah Bawa Anak Kecil Pergi Kenduri Kahwin Bekas Suami
Artikel Berkaitan: Baru 6 Bulan Nikah, Dah Kena Cerai, Wanita Hamil Anggap Ini ‘Balasan’ Sebab Rampas Suami Orang
Terbaru, seorang wanita mendakwa hubungan perkahwinannya hanya bertahan selama dua minggu sahaja sebelum dia diceraikan dengan talak tiga.
Inai merah lagi tapi sudah berpisah
Menerusi beberapa video pendek yang dimuat naik di TikTok, Dekjaa Erniza memaklumkan selepas bertahun mengenali antara satu sama lain, dia dan suami membuat keputusan untuk berumah tangga dan pada pada 25 Mac 2021 yang lalu pasangan ini selamat diijabkabulkan.
Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila kebahagiaan yang dibina dipercayai hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja sebelum si suami dikatakan membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya. Lebih mengejutkan wanita ini mendakwa dia telah diceraikan dengan talak tiga.
Inai merah lagi, sijil nikah belum daftar lagi. Baru dua minggu awak halalkan saya, awak dah buat keputusan tinggalkan saya. Saya redha, terima kasih beri saya peluang jadi isteri awak selama dua minggu ini.
Dalam kesempatan itu, wanita ini meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudi menerima dirinya sebagai isteri meskipun untuk tempoh yang singkat.
‘Terima kasih untuk segalanya’
@dekjaaernizaterima kasih untuk segalanya , sye terima kalau itu takdir sye …##doakansyeteruskuat ##25/3/2021-07/3/2021? Masa Lalu – Alif
Perkahwinan selama dua minggu
@dekjaaerniza? original sound – ffantsya
‘Dah cerai talak 3’
Sumber: Dekjaa Erniza