Foto: Kompas
Penyanyi kelahiran Indonesia, Virgoun sah bercerai dengan isterinya, Inara Rusli di Mahkamah Syariah Agama Jakarta Barat pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Dakwa Virgoun Siap Minta Poligami Ketika Kantoi Curang
Inara sujud syukur
Foto: Kompas
Memetik laporan Kompas, selepas selesai proses penceraian, Inara dilihat menangis kegembiraan dan melakukan sujud syukur di hadapan hakim.
Menurut Inara sujud syukur yang dilakukannya itu adalah sebagai tanda syukurnya kepada Allah SWT.
Saya menangis bukan kerana sedih tetapi lebih kepada rasa terharu. Tiada seorang manusia yang mahu bercerai dan menceritakan mengenai masalah kekeluargaan kepada khalayak ramai.
Benarlah janji Allah, dan apa yang saya perjuangkan selama ini tidak sia-sia.
Janji Allah itu benar, Alhamdulillah banyak perkara tuntutan yang dibuat saya diluluskan panel hakim.
Dalam pada itu, wanita berusia 30 tahun itu berharap agar dirinya tetap kuat teguh meneruskan kehidupan selepas penceraian ini.
Saya pernah takut dengan Allah kerana meneruskan niat saya ini (bercerai) sebab saya takut Allah murka.
Saya harap iman dalam diri saya sentiasa kuat selepas proses penceraian ini dan saya yakin keputusan hari ini merupakan jawapan yang baik dari Allah buat saya.
Semasa prosiding penceraian di mahkamah, Inara dilihat hadir bersama peguamnya manakala Virgoun yang tidak hadir sekadar diwakili oleh peguam.
Selain disahkan bercerai, mahkamah juga memberikan sepenuhnya hak penjagaan tiga orang anak mereka kepada Inara.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Virgoun dan Inara menjadi bualan ramai apabila pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.
Bukan itu sahaja, Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.
Sumber: Kompas