Bekas isteri kepada Virgoun iaitu Inara Rusli berjaya mendapat tuntutan pembahagian royalti terhadap lima lagu nyanyian penyanyi berkenaan.
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Tuntut Hak Royalti Tiga Lagu Bersama Virgoun
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Mengaku Masih Isteri Virgoun, Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Peguam
Dapat hak royalti
Menerusi laporan Kompas, Inara atau nama sebenarnya Inara Idola Rusli, 30, berkata, dia mendapat hak royalti itu selepas bercerai secara sah dengan Virgoun pada 10 November lalu.
Ujar Inara, lima lagu berkenaan adalah Surat Cinta Untuk Starla, Bukti, Orang Yang Sama, Titik Balik di Hidupku dan Saat Kau Telah Mengerti.
Tambah Inara, mahkamah tidak menolak pembahagian royalti itu bertambah jika terdapat lebih banyak lagu ditulis Virgoun yang menjadikan dia sebagai inspirasi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berkata, kemenangan itu turut menjadi sejarah di Indonesia kerana ini kali pertama isu royalti dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian pasangan bercerai.
Selepas ini pembahagian royalti akan dibahagikan kepada dua iaitu Virgoun dan saya, selama mana lagu itu dimainkan. Hari ini dalam sejarah, pertama kali di Indonesia royalti merupakan subjek dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian suami isteri.
Sekadar info, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.
Sumber: Kompas