Kecoh di platform X apabila seorang individu mendakwa abang kepada kekasih penyanyi Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Rania Al Sadat, liat untuk membayar hutangnya berjumlah RM12,000.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sufian Suhaimi Dah Hantar Rombongan Merisik Dekat ‘Sayang’?
Bakal abang ipar hutang RM12k?
Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan turut mendakwa sudah tiga tahun dia menunggu hutang itu dijelaskan, namun hanya tinggal janji kosong.
Malah, individu tersebut meminta Sufian untuk menyelesaikan hutang itu.
Ini saya nak cakap ini, saya dah tahap penat eh minta hutang dekat abang dia (Rania). Dah tiga tahun tau aku tunggu dia bayar. Janji nak bayar tapi tak pun. RM12,000 bukan sikit, banyak woi!
Alif Al Sadat bila kau nak bayar hutang kau? Tak pun suruhlah bakal adik ipar kau bayarkan. Saya dah tak ada jalan lain. Dia tak balas, dia tak muncul ajak jumpa.
Macam mana nak selesai cara baik. Dah tiga tahun aku tunggu hutang aku.
Enggan berdiam diri, pelantun lagu Menggenggam Bahagia itu membalas ciapan tersebut dengan mengatakan kekasih hatinya itu tidak mempunyai abang.
Malah, Sufian turut mempersoalkan tindakan individu itu memintanya untuk membayar hutang orang lain.
Dia tak ada abang. Kalau ada pun, engkau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa?.
Sementara itu, hasil tinjaaun OhBulan!, individu tersebut dilihat sudah memadam ciapan itu selepas menerima kecaman daripada netizen.
Pada Sabtu lalu, keluarga Sufian dikhabarkan sudah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, namun sehingga kini masih belum ada pengesahan daripada penyanyi itu.