Seorang individu tampil berkongsi keperibadian ibu kepada pelakon Elfira Loy iaitu Allahyarhamah Filzah Yusoff.

Artikel Berkaitan: Arwah Ibu Elfira Loy Terima Anugerah Tokoh Aktivis Masjid

Artikel Berkaitan: Ibu Elfira Loy Meninggal Dunia

Keperibadian ibu Elfira

Menerusi satu hantaran, seorang pengguna laman Threads dikenali sebagai Zaid Zulkhairi berkata, terdapat seorang individu yang sudi menderma tudung serta beg tangan kepada jemaah masjid.

Kalau nak cerita kebaikan arwah hajah Filzah memang banyak tapi saya nak kongsi satu cerita yang saya sendiri baru tahu.

Hujung Ramadan tahun ini ada kawan bertanya sesiapa yang mahu tudung atau beg tangan.

Menurut Zaid, dia memilih mengambil beg tangan untuk dihadiahkan kepada isterinya, namun tidak mengetahui identiti individu yang menderma itu.

Saya pun isi nama dan pilih beg tangan. Saja pilih sendiri konon nak buat kejutan pada isteri dengan beg tangan raya.

Agak berlainan sebab selalu orang bagi makanan atau kuih raya.

Isteri tanya beli dekat mana dan harga. Saya pun beritahu, ada seorang jemaah yang bagi dan saya sendiri pun tak tahu siapa.

Banyak juga dia bagi dan paling menarik dermawan itu minta identiti dirahsiakan.

Namun, Zaid tidak menyangka sama sekali bahawa individu yang pemurah tersebut ialah Allahyarhamah Filzah.

Dalam masa sama, Zaid menyifatkan sedekah yang diberikan itu sebagai satu pemberian yang amat istimewa buat dia dan isteri.

Hari ini baru tahu, rupanya Hajah Filzah yang bagi tudung dan beg tangan tu.

MasyaAllah, sedekah dalam bulan Ramadan secara senyap-senyap. Pemberian itu telah membahagiakan orang lain termasuk aku dan isteri yang baru kahwin.

Bagi dia mungkin cuma sebuah handbag. Tapi bagi saya dan isteri, ia jadi satu memori yang akan dikenang.

Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah Hajah Filzah, menerima segala amal kebaikannya dan mengurniakannya sebaik-baik ganjaran.

Pemergian Filzah sebelum ini dimaklumkan oleh Elfira menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.

Terdahulu, pada 6 Ogos lalu, Elfira pernah memaklumkan ibunya dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi, namun tidak berkongsi secara terperinci mengenai keadaan kesihatannya.

Sumber: Threads