Penyanyi Aisha Retno tampil bersuara ekoran sindiran daripada seorang pengguna aplikas Threads mengenai usaha peserta Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40 SA).

Artikel Berkaitan: ‘Perkataan Lebaran Pun Boleh Cetuskan Perdebatan’ – Aisha Retno

Artikel Berkaitan: AJL40 SA: Aisha Retno Akui Agak Penat, Terima Teguran Persembahan Kurang Bertenaga – ‘Terima Kasih Kerana Prihatin’

Aisha betulkan kenyataan

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat seakan mengritik stamina para peserta yang bertanding.

Menurutnya, segelintir penyanyi perlu memperbaiki stamina agar persembahan vokal lebih lancar dan konsisten.

Semua penyanyi yang kononnya ‘terlebih rating’, nyanyi pun tercungap-cungap.

Tolong lah perbaiki stamina.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian pelantun lagu Jodoh Lebaran yang tampil membetulkan pendapat individu terbabit.

Tambah Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, kebanyakan penyanyi yang bertanding berdepan keletihan vokal susulan jadual persembahan yang padat sepanjang musim perayaan.

Saya rasa awak tulis ini merujuk kepada persembahan separuh akhir AJL40.

Apa-apa pun, kami sebagai penyanyi mengalami keletihan vokal disebabkan jadual persembahan yang sangat padat musim perayaan ini.

Sampai lima show sehari dan sebagainya.

Tegasnya, penyanyi juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan namun tetap menerima pandangan individu tersebut secara terbuka dan positif.

Walaupun begitu, itu bukan alasan. Hakikatnya, kami semua manusia biasa yang buat kesilapan.

Tapi saya ambil positif padangan awak.

Sumber: Threads @aisharetno02