Pempengaruh dan penyanyi, Agy, tampil memberi penjelasan selepas ada individu mempersoalkan suaranya tidak kedengaran seperti suara lelaki.

Artikel Berkaitan: Agy Alahan Pada Ubat Kebas, Muka Bengkak Selepas Cabut Gigi – ‘Satu Badan Rasa Gatal’

Artikel Berkaitan: Agy Berang Dituduh Pakai Mekap Setiap Masa – ‘Merentan Sangat Kenapa? Kenal Pun Tidak’

Tak mampu ubah

Menerusi hantaran di Threads, Agy berkata persoalan itu juga pernah menghantui dirinya namun dia memilih untuk tidak terus memikirkannya.

Baginya, tindakan sedemikian hanya akan membuatkan dirinya berasa tidak bersyukur terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Kadang saya pun tanya soalan sama dengan Allah, ‘kenapa suara saya tak macam lelaki?’.

Tapi saya rasa berdosa macam saya tidak bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Bab suara ni saya tidak mampu ubah.

Mengulas lanjut, Agy menjelaskan bahawa suara tersebut merupakan suara asal miliknya dan tidak boleh diubah

Apa pun orang cakap, suara saya dah Allah bagi bukan dibuat-buat.

Maafkan saya sebab tidak sempurna dan tak dapat nak penuhi kesempurnaan yang orang inginkan. Benda lain semua saya dah ubah, saya cuba.

Sebelum ini, seorang individu mempersoalkan suara Agy yang dikatakan tidak seperti suara lelaki lain selepas mendengar sedutan lagu raya yang bakal dikeluarkannya.

Sumber: Threads