berita

Influencer Pakai Baju Seksi Pergi Cucuk Vaksin Dikecam, Petugas PPV Pun Segan Nak Tengok

August 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di media sosial, viral sebuah video memaparkan seorang wanita berpakaian keterlaluan ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Tindakannya membuka baju sehingga menampakkan pakaian dalam itu undang kecaman netizen dan tidak sepatutnya dilakukan di hadapan petugas kesihatan.

‘Rasa gedik je’

Menerusi satu posting video yang dikongsikan melalui pengguna Twitter Jamal The Rabel, video yang diambil daripada IG Stories seorang influencer itu mendapat perhatian ramai dan meraih lebih 40 ribu tontonan. Difahamkan, wanita tersebut ke sebuah PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin dan sebaik sahaja dia memasuki ke ruang suntikan, kelihatan dia terus membuka butang baju kemeja separuh.

Dalam video tersebut juga menampakkan pakaian dalam yang dipakainya sebelum seorang petugas lelaki memberi suntikan vaksin. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga menyifatkan dia kelihatan gedik dan kedengaran jeritan semasa terima suntikan di lengannya itu.

Oh My God. Nervous. Sikit je kan… Tak sakit, tak sakit, tak sakit… Aduh.. sakit juga ni. Sekarang tak ada kesan vaksin, rasa gedik je.

Boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual ke?

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan wanita tersebut yang bertindak membuka pakaiannya separuh di hadapan seorang petugas lelaki dikategorikan sebagai gangguan seksual di tempat kerja?

Malah, ada juga netizen mengecam tindakan wanita tersebut kerana memilih pakaian yang kurang sesuai semasa menghadirkan diri ke PPV untuk terima vaksin.

Sumber: Jamal The Rabel

SKIP THIS AD ×