berita

Tutorial Tudung & Tips Penjagaan Rambut Sihat Agar Selesa Ke Tempat Kerja

August 21st, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-08-08 at 6.40.44 PM

Nak tahu apa masalah utama wanita bertudung? Haa, dah tentulah masalah penjagaan rambut yang sempurna. Mana taknya, bila berhijab, kulit kepala senang kusam, lebih teruk bila dah mula ada kelemumur.

Nah, kami ada beberapa tips mudah penjagaan rambut. Petama, apa kata korang kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman,barulah lumur di rambut selama 15-30 minit. Yang kedua, cuba gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih, senang kan?

Yang ketiga, Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan.

Nak lagi best, haa, ni petua yang ni. Saya sendiri selalu amalkan walaupun tak bertudung. Hehe. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Dah siap, lumurkan seperti memakai krim rambut dan bilas.

Emm, kalau malas sangat nak gunakan petua traditional, guna je produk Sunsilk Lively Clean & Fresh, ala yang warna hijau tu. Mesti segar sepanjang hari.

Bila rambut dah segar dan selesa, baru rasa lebih berkeyakinan kan? Eh, sebelum pergi kerja tu, jom tengok tutorial menggayakan tudung ke tempat kerja di bawah. Kami tunjukkan video step by step untuk anda.

01Oh ya, kepada semua para hijabista yang mahu memenangi RM20,000 dengan mudah, apa kata anda sertai peraduan yang dianjurkan oleh Sunsilk Lively Clean & Fresh. Tak susah pun, anda hanya perlu kongsikan perjalanan hijab anda bersama Sunsilk serta apa saja aspirasi yang ingin anda capai dengan sekreatif mungkin. Jika bertuah, Sunsilk akan membantu anda mencapai aspirasi tersebut. Jom layari laman Facebook Sunsilk Malaysia untuk makluman lanjut. Peraduan ini bermula dari 7 Ogos 2014 hingga 14 September 2014. Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×