Bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah filem. Untuk memastikan ia mampu mengaut keuntungan, pengarah haruslah memberi kelainan samada dari segi lakonan mahupun jalan cerita.
Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk merealisasikan perkara ini. Rata-rata filem sepanjang tahun 2012 mengalami fenomena kutipan yang teruk. Kebanyakannya rugi dan gagal mengutip balik kos perbelanjaan asal.
Kalau anda nak tahu, tahun 2012 boleh dikatakan tahun penuh filem tempatan. Mari kita lihat infografik dan sedikit data mengenai Kutipan Filem Melayu Tercorot Tahun 2012.
Metrowealth (MIG) di bawah naungan David Teo merupakan pengeluar filem terbanyak sekali sepanjang tahun 2012. Diikuti dengan Grand Brilliance. Nampak tak perbezaan yang ada pada tahun 2011 dan 2012?