berita

Ingat Boleh Lepas Bila ‘Hulur’ Duit, Sekali Kena Cekup!

November 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Gejala rasuah sememang satu kesalahan besar yang sering kali berlaku tidak kira di mana pun. Terbaru menerusi Hishamuddin Ahmad Zaki kongsi satu kejadian cubaan seorang lelaki warga Myanmar yang cuba untuk memberi suapan kepada anggota polis trafik yang menahannya. Walaupun sudah ditegur untuk tidak memberi rasuah, lelaki itu tetap berdegil dan seterusnya ditahan untuk diserahkan kepada pihak SPRM.

Warga Myanmar ditahan

Pada 13 November 2019 jam 11.50 pagi, Bahagian Siasatan & Penguatkuasa Trafik, IPD Kuala Kangsar semasa menjalankan Op Penguatkuasaan lalulintas di Jalan Daeng Selili, kuala Kangsar telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha LC warna merah. Motosikal tersebut ditunggangi oleh lelaki warga Myanmar.

Cuba bagi suapan RM50

Hasil pemeriksaan mendapati Warga Myanmar tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan Warga Myanmar tersebut telah cuba memberi suapan kepada Pegawai Polis dengan cara mengeluarkan wang tunai berjumlah RM 50.00 nombor dari genggaman tangan kanan dengan tujuan tidak diambil tindakan saman.

Diserahkan kepada SPRM

Pegawai Polis telah memberi amaran kepada warga Myanmar beberapa kali supaya jangan memaksa pihak polis menerima rasuah tetapi warga Myanmar masih memaksa. Seterusnya Pegawai Polis telah membuat tangkap keatas warga Myanmar itu kerana cubaan memberi suapan kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas. Telah diserahkan kepada pihak SPRM Ipoh.

Terbaik polis trafik Malaysia

Sumber: Hishamuddin Ahmad Zaki

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×