Jalan raya sememangnya bukan tempat yang sesuai untuk melakukan sebarang aksi merbahaya. Tidak tahu apa masalah mereka, perlakuan itu tetap dilakukan sesetengah individu bagi menarik perhatian umum tanpa mempedulikan keselamatan mereka.
Kini, seorang lelaki mungkin sedang dalam kerisauan apabila dia sedang diburu polis selepas melakukan aksi ‘stunt’ yang mampu mengundang maut di atas jalan raya sekitar lima bulan lalu.
Beraninya masuk bawah treler
https://www.youtube.com/watch?v=NU__hTugpDU
Rakaman video berdurasi 0:30 saat yang dirakam sendiri oleh penunggang motosikal terbabit menunjukkan dia menunggang secara merbahaya dengan mencelah masuk ke bahagian bawah treler.
Video itu mula tular baru-baru ini menerusi Facebook ‘Camera Head Photography’ dan telah mendapat perhatian netizen termasuk pihak penguasa polis.
Pemandu treler hon penunggang motor
Dalam rakaman video itu, pemandu treler tersebut kedengaran membunyikan hon selepas menyedari perbuatan penunggang motosikal terbabit.
Berita Harian melaporkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata penunggang motosikal itu kini sedang dikenalpasti bagi tindakan susulan.
Katanya, kejadian berlaku di Kilometer 307 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan sekitar empat atau lima bulan lalu.
Hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit menunggang motosikal secara melulu dengan mencelah masuk ke bahagian bawah treler
Kita sedang mengenalpasti identiti penunggang, jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan.
Macam-macamlah perangai manusia sekarang ni. Tak sayang nyawa ke apa.
Sumber: Berita Harian