Pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Razman Razmi berharap penyanyi, Aliff Aziz dapat menyelesaikan kemelut rumah tangganya secara baik dalam masa terdekat ini.
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Hina & Doa Yang Tidak Baik, Jangan Hentikan Rezeki Sesiapa Pun’ – Razman Razmi
Artikel Berkaitan: #OBFesyen: Razman Razmi Pereka Fesyen Pilihan Ramai Termasuk Jejaka ‘Hot’ Indonesia Judika, Cakra, Firman & Ifan Seventeen
Artikel Berkaitan: ‘Paru-Paru & Satu Badan Bengkak Penuh Air, Jantung Sangat Lemah’ – Pereka Fesyen Razman Masuk Hospital
Mungkin dia akan jadi lebih baik
Sebagai individu yang sering bekerjasama dengan Aliff, Razman Razmi berkata, mereka sentiasa mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu. Bukan itu sahaja, mereka juga berharap Aliff dan Bella tabah menghadapi ujian yang melanda ini dan bersepakat mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat diri masing-masing.
Sebaik-baik manusia itu, sejahat-jahat manusia itu, seburuk-buruk manusia itu yang banyak melakukan kesilapan mungkin dia akan jadi lebih baik daripada kita semua. Sebagai pereka suit dan texido Aliff sejak program Gegar Vaganza musim kelapan sampailah sekarang, kami doa yang terbaik buat mereka.
Bagi kami, setiap manusia pasti membuat kesilapan, apa salahnya bagi mereka peluang. Ingat, kejadian yang berlaku pada mereka mungkin ada sebab dan rahmat buat mereka juga.
Disoal sama ada masih berhubung ataupun tidak dengan Aliff, Razman memberitahu Aliff ada menghubunginya tiga minggu yang lalu untuk menempah suit.
Kami masih berhubung dengan Aliff sebab dia suka cutting baju dan hasil kerja kami. Secara peribadi, hubungan di antara kami tidak akan putus sebab pasti akan ada kerjasama.
Jadi apa yang berlaku terhadap Aliff pada waktu ini, kami berharap semuanya akan baik secepat mungkin. Sebagai abang, kami sokong dan doa untuk mereka. Kehidupan ini ada kalanya di atas, ada kalanya di bawah. Masih belum terlambat untuk memperbaikinya.
Razman Razmi yang ditemui di sebuah majlis Rumah Terbuka di Petaling Jaya, baru-baru ini turut mengakui bahawa Aliff pernah menjadi muse untuk jenama mereka di Nona Superhero Award 2023, awal tahun ini.
Sekadar info, Razman Razmi nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen. Memulakan perniagaan seawal tahun 2002, dua figura hebat berasal dari utara tanah air ini berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.
Judika, Cakra Khan, Ifan Seventeen, Firman, Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Seri Vida, Datuk Khadijah Ibrahim dan Azharina Azhar antara artis yang sentiasa memakai busana, suit dan texido daripada mereka.