berita

‘Paru-Paru & Satu Badan Bengkak Penuh Air, Jantung Sangat Lemah’ – Pereka Fesyen Razman Masuk Hospital

July 2nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pereka fesyen terkenal Razmi berkongsi berita sedih di mana sahabat baiknya Razman telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami masalah paru-paru dan jantung.

Jantung lemah

Menurut Razmi, Razman pada mulanya ditempatkan di zon merah kerana keadaannya sangat kritikal pada waktu tersebut. Tidak lama kemudian, Razman telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi tujuan pemeriksaan yang selanjutnya.

Ujar Razmi, paru-paru dan seluruh badan Razman menjadi bengkak dan dipenuhi dengan air. Manakala, jantungnya pula berada di tahap yang lemah.

Tambah Razmi, doktor pakar sedang mencari punca sebenar dan buat masa sekarang sahabatnya itu berada di bawah pemantauan doktor.

Menerusi Instagram Story, Razmi turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua orang yang mendoakan Razman kembali sihat.

Mana yang datang dan doakan, terima kasih. Semoga Allah balas jasa anda semua.

Air tak boleh minum banyak

Terbaru, Razmi telah memuat naik perkembangan terkini mengenai keadaan Razman. Jelas Razmi, sahabatnya itu telah dipindahkan ke Unit Penjagaan Coronary (CCU) semalam.

Tadi pakar dah sahkan jantung dia lemah. Sekarang kena makan ubat jantung, air tak boleh minum banyak. Jantung lemah tak boleh pump.

Sumber: Razman Razmi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×