berita

Ingat Lagi Masakan Pertama Isteri? Jawapan 7 Suami Ini Buat Admin Berdekah

November 21st, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Bila dah bergelar suami isteri, admin yakin mesti korang dah jarang makan luar kan? Melainkan isteri tak ada idea nak masak apa atau teringin nak rasa suasana makan luar. Yelah, bila dah ada isteri, mesti isteri nak rajin-rajin masak untuk suami, barulah suami sayang!

Haa, kalau admin tanya masakan pertama isteri lepas kahwin agak-agak korang yang bergelar suami ingat tak? Biasanya, perempuan yang ingat semua benda ni. Suami? Hampeh… Tapi, admin ada tanya beberapa netizen sama ada diorang ingat atau tak…

Cuba korang baca jawapan no 6 tu, tersedak admin dibuatnya!

1. Ayam masak kicap style Utara

“Masa tu dekat Melaka dia buat ayam masak kicap style Utara. Pedas dan tak letak gula tapi lauk pertama yang dia masak tu la saya suka makan sejak kahwin sampai sekarang. Walaupun dia Google resipi, nampaklah effort dia. Selamat sedap!” – Hareez Zaim Muhammad Hazar

2. Sampai 3 jam masak ayam masak merah

“Masa mula-mula kahwin, Erin (isteri) kononnya nak surprise saya dengan lauk pertama dia. Tunggu punya tunggu sampai 3 jam dia kat dapur masak ayam masak merah. Tapi, tak sia-sialah penantian saya. Sedap betul lauk pertama dia, walaupun resipi Google” – Ameer Firza

3. Nasi lemak dengan sotong goreng tepung, sedap gila!

“Sebelum kahwin pun, saya cakap dengan isteri saya tak kisah nak masak atau makan luar. Yang penting kenyang. Tapi, masa baru-baru tu dia kata nak masak sebab baru kahwin kan… Masakan pertama dia adalah nasi lemak dengan sotong goreng tepung. Sedap gila, kalah makan dekat kedai” – Khairul Idzham Abdul Khalid

4. Terbaik ayam masak lemak lemak isteri saya

“Sebelum kahwin, mak mertua saya selalu cakap isteri saya dah biasa masuk dapur. Jadi lepas kahwin mestilah saya nak rasa lauk pertama bila dah jadi suami. Dia masakkan saya ayam masak lemak resipi Negeri Sembilan. Rasa jangan cakaplah, memang terbaik!” – Che Engku Suhaimi Che Engku Ali

5. Lauk simple tapi makan dua pinggan

“Masa mula-mula kahwin, isteri saya masak nasi dengan berlaukkan telur goreng, sup ayam dan sayur campur. Gabungan ketiga-tiga lauk simple inilah yang buat saya makan dua pinggan. Tapi, sekarang dah banyak upgrade lauk. Cuma bab pastry tu dia belum master walaupun dah banyak kali cuba” – Khalil Dunnia

6. Ayam masak kicap, tapi ayam tak masak!

“Lauk pertama isteri masak adalah ayam masak kicap. Kuah sesedap rasa. Tapi, tengah feel makan tu baru perasan ayam tak masak. Dalam masih merah. Terbantut jugalah selera makan. Katanya, nervouse first time masak untuk suami. Biasa masak okay je” – Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy

7. Lepas ‘pekena’ laksa dia, tak cari laksa kat luar dah

“Masakan pertama rasanya laksa. Rasa sangat sedap sebab dia memang tau masak. Jaranglah Google ni melainkan resipi baru. Lepas ‘pekena’ laksa dia masak tu, memang dah tak cari laksa kat luar sebab mostly tak boleh lawan kuah laksa dia” – Sazali Zamani

Saksikan Resipi Power #DapurERA, kita tengok kuat ke tidak ingatan suami-suami ni sebenarnya

Sebagai suami, masakan pertama isteri biasanya akan diingat sampai bila-bila sebab dari situ korang kenal macam mana rasa masakan isteri kan?

Kalau korang nak tahu, tak lama lagi ada rancangan terbaru bakal disiarkan iaitu Resipi Power #DapurERA. Salah satu episod akan memaparkan gelagat suami mengadili masakan isteri mereka. Haa, masa ni la kita dapat tengok kehebatan ingatan sang suami. Tak lupa juga juri misteri lain, termasuklah juri selebriti yang dijemput ke #DapurERA untuk mengadili masakan ibu-ibu ini.

Program bersiri yang mempunyai 8 episod ini akan mula disiarkan pada 18 November setiap Isnin dan Selasa di TV3 bermula jam 9.50 malam. Dihoskan oleh Izzue Islam, Resipi Power #DapurERA juga memberi idea untuk korang mempelbagaikan resipi dengan menggunakan produk ERA yang sesuai untuk apa jua hidangan dan seisi keluarga.

Resipi Power #DapurERA ini juga boleh ditonton di Facebook ERA Foods MY pada jam 10.30 malam hari yang sama. Malah, korang juga berpeluang untuk memenangi produk ERA dan hadiah menarik jika menonton di Facebook tau!

Jom kita tengok dulu trailer rancangan Resipi Power #DapurERA

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ERA, layari laman web ERA dan follow Facebook serta Instagram ERA untuk lebih idea dan inspirasi untuk menyediakan juadah buat suami setiap hari.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×