Di Instagram, Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu balu kepada Allahyarham Abam Bocey, meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mendakwa dirinya seolah-olah tidak bersedih dengan pemergian suaminya.
Kesedihan tak perlu ditunjuk
Ada orang berkata aku x sedih dengan kematian suami x pela cakap lah apa pun Allah yang Maha mengetahui segalanya,ingat lagi pesan arwah suami sayang biarlah apa pun orang nak kata kita mereka bukan bagi kita makan janji kita dengan cara kita jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita. Kesedihan tak perlu di tunjuk-tunjuk, bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.
Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih. “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” QS. At-Taubah: 40. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
QS.Ali ‘Imran:139. Al-fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar.
Menerusi posting di Instagram, Hidayah memuat naik satu foto bersama anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Hidayah memberitahu bahawa ada pihak di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya setelah arwah suaminya meninggal dunia. Ujarnya, dia tidak hiraukan mulut masyarakat dan kesedihan yang ditanggung tidak perlu ditunjuk-tunjuk.
Terus kuat demi anak
Rata-rata netizen menyuruh Hidayah bersabar dan kuat demi anak tercinta. Malah, mereka turut bersetuju dengan posting yang dimuat naik Hidayah.
Sumber: Siti Nurhidayah