Bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir stesen televisyen memanggil penyanyi lain untuk membuat persembahan lagu nyanyian asalnya, Romancinta.
Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham menulis kekesalan tersebut di Instagram untuk tatapan umum.
Tanya ja naa
Aku bukan kejar popularity dan ambil perhatian org Epul. Sekali sekala tak apala kan. Aku tak salahkan artis-artis yang cover lagu tu. Faham-faham la kan. Isu yang lepas biar lepas la kan. Rasa macam tak wujud dalam industri.
Saya faham apa yang awak maksudkan. Ya lagu romancinta bukan lagu saya. Tapi dinyanyikan as a originality adalah sy. Then sekali sekala tu ok la if utk live show tv utk penyanyi lain menyanyikan. Tapi banyak show tv yang saya nampak diorang pilih romancinta then penyanyi lain yang nyanyikan. Memandangkan seolah-olah macam saya ni dah tak ada i mean tak active dalam industri. Walhal saya masih lagi active. Saya tak salahkan pihak penyanyi lain yg nynyi lagu tu. Tapi at lease appreciate dan Aweera masih lagi active dalam industri. Yes this is not big isu. Tapi agak terkilan seolah dipinggirkan as a originality singer.
Terima kasih semua. Saya bukannya nak perhatian orang dan bukan nak cari publicity murahan. Tambahlah saya nak marah, tak marah pun. Cuma agak terkilan la sikit. Saya masih “ada” untuk peminat-peminat saya yang sentiasa sokong dari awal hingga sekarang. Tapi bila kalau dah “mati” baru nak kenangkan, for what??kan.
Menerusi ruangan komen, Aweera memberitahu yang dia sedar lagu Romancinta bukan lagunya. Tetapi, lagu tersebut dinyanyikan secara originality olehnya. Tambahnya, dia tidak kisah kalau lagu tersebut dinyanyikan sekali sekala oleh penyanyi lain ketika siaran langsung di mana-mana stesen televisyen.
Aweera turut meluahkan rasa terkilan kerana dipinggirkan sebagai penyanyi asal. Ujarnya lagi, pihak stesen televisyen perlu menghargainya sebagai penyanyi asal. Ini kerana, dia masih aktif dan berada di dalam industri seni.
Always my favourite
Di ruangan komen, netizen bersetuju dengan luahan Aweera dan merasakan suaranya paling sedap ketika membawakan lagu Romancinta. Terdahulu Aweera telah disingkirkan daripada Mojo oleh ketua kumpulan Edry Abdul Halim sebelum pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada 18 Januari 2014.
Sumber: Aweera