Sebagai langkah berjaga-jaga isu COVID-19, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan kesemua aksi Liga Super dan Liga Premier tetap berlangsung, namun mengambil pendekatan membenarkan perlawanan berlangsung tanpa penyokong.
Namun, tindakan penyokong Johor Darul Ta’zim yang datang memberi sokongan di luar stadium menerima kritikan ramai kerana seolah tidak mengendahkan arahan.
Abai arahan KKM
Setia bersamamu Johor!
Kekangan bermain tanpa penyokong tidak menghalang kami !
Luar stadium 90 minit Samok!!
Hadir ?
Stadium Sultan Ibrahim
??#MSL2020#BOSFAMILIA pic.twitter.com/Gd9epJDf5m
— BosJohorOfficial (@BosJohor2010) March 14, 2020
Kementerian Kesihatan menerusi Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengarahkan semua perhimpunan melibatkan orang ramai ditangguhkan untuk mencegah jangkitan COVID-19. Pasukan penyokong JDT, Boys of Straits (Bos) menerusi Twitternya memuatnaik video mereka di luar Stadium Sultan Ibrahim bersorak memberi sokongan dalam aksi Liga Super menentang FELDA United pada malam Sabtu.
Tindakan itu dikecam pengguna laman sosial yang khususnya ketika seluruh negara bertungkus-lumus berusaha untuk mengurangkan kadar kes baru yang meningkat setiap hari.
Apa beza berkumpul dalam dengan luar?
Setia bukan alasan
Sumber: BosJohor